07 June 2008

Ulasan pertandingan Futsal Jom Sinar Harian KDN Kota Bharu FC...

Kota Bharu - Turun sebagai pasukan bukan pilihan tidak memberi sebarang tekanan kepada Pasukan KDN Kota Bharu apabila mampu layak ke pusingan kedua dalam pertandingan Futsal Jom Sinar Harian di Arena Futsal Kota Bharu, kelmarin.

Cabaran pertama KDN Kota Bharu melawan Chekok FC berjaya ditempuhi apabila mereka mencatatkan kemenangan 3-2 dalam pertarungan sengit dan mendebarkan tersebut. Terima kasih kepada UltrasKid dengan jaringan kemenangan 10 saat sebelum wisel penamat dibunyikan.

Walaupun satu ketika ketinggalan 2-1, KDN Kota Bharu tidak patah semangat dan berjaya memperoleh jaringan yang dicari selepas 2 minit separuh masa kedua ditiup. Gol ini telah membangkitkan semangat semua pemain untuk memadamkan terus impian Chekok FC memperoleh kemenangan.

Pada perlawanan kedua bertemu Pemuda Wakaf Bharu, KDN Kota Bharu tewas 0-1 apabila kelekaan saat akhir pemain pertahanan telah memberikan ruang buat penyerang Pemuda Wakaf Bharu menjaringkan gol kemenangan seminit sebelum masa ditamatkan.

KDN Kota Bharu bagaikan menempuh laluan sukar apabila perlu membenam cabaran IKBN Bachok B untuk layak ke pusingan kedua. Harapan penyokong setia KDN ditunaikan setelah UltrasKid yang tidak dikawal berjaya memperdayakan 3 pemain IKBN Bachok sebelum menyepak leret ke penjuru kiri gol untuk menjaringkan gol pendahuluan.

Pada separuh masa kedua, hasil dari sepakan deras jarak jauh Andrew Iwanperumo Amukuro telah berjaya menerjah jaring dan gol ini memadam terus semangat pemain IKBN Bachok seterusnya memberikan kemenangan 2-0 kepada KDN Kota Bharu FC.

Pusingan Kedua yang bermula tepat 1.55 Petang melihat persaingan yang sengit dimana KDN Kota Bharu FC diundi bertemu pasukan Real 7. Pertemuan dengan pasukan handalan tersebut diterima dengan penuh redha oleh setiap pemain dan jika menang ia merupakan satu bonus kepada skuad KDN.

Perlawanan bermula dengan sepakan mula oleh pasukan Real 7. Hasil dari sepakan mula tersebut, Real 7 berjaya mendahului 1-0 apabila bola sepakan deras pemain Real 7 terus menerjah jaring dengan RedsFC tidak sempat berbuat apa-apa.

Setelah beberapa percubaan KDN Kota Bharu berjaya diselamatkan penjaga gol, dengan satu serangan balas pantas, Real 7 yang diperkuatkan 2 pemain negeri berjaya menjaringkan gol kedua. Selepas itu mereka banyak bertahan dan melengahkan masa permainan.

Dengan kekalahan tersebut maka berakhirlah cabaran KDN Kota Bharu FC dalam pertandingan Futsal Sinar Harian.

Menurut pengurus pasukan KDN Kota Bharu, Mohd Yatimin Abdullah, kekalahan ini memberi seribu pengertian kepada mereka bahawa KDN Kota Bharu FC masih lagi mentah dalam pertandingan Futsal peringkat negeri.

KDN Kota Bharu tetap dianggap berjaya kerana mampu mara sehingga ke pusingan kedua dan termasuk dalam 64 pasukan terbaik seluruh Kelantan. Kami adalah pasukan underdog kerana hanya menyasarkan pusingan kedua dalam penampilan pertama kami, tambahnya lagi. -KDN Media

KDN Kota Bharu FC:

Pengurusan: Anokkelate, RedHead, Adib, Epiebeck dan Lado Cenget
Pemain: RedsFC, Iwan Amukuro, Pue, Samzi, Kamil, Amin Pokjoh, UltrasKid dan Mrag
Penyokong: MzDin, Poktar, Sabri, Payeh, Ayiez dan McNish

0 comments: