23 June 2008

Latest: KDN Kota Bharu FC vs Referee FC


Selepas Perlawanan



sebelum perlawanan dimulakan

Kota Bharu - Perlawanan timbal balik diantara KDN Kota Bharu FC dan Referee FC di Dewan Futsal Dato Haji Ya, Lundang semalam berlangsung dengan meriah.

KDN Kota Bharu yang membariskan pemain muda dan berbakat akhirnya dapat membalas balik kekalahan tempoh hari dengan jaringan 12-11 mengakibatkan pemain Referee FC pulang kecewa.

Gol-gol KDN Kota BHaru FC disumbangkan pemain bintang yang baru dibeli iaitu Serpihan Pokjoh (3 Gol), Payeh (2 Gol), Mrag (1 Gol), Userun (1 Gol), UltrasKid (1 Gol), Kamil (1 Gol), Lado Cenget (1 Gol) dan Adib (1 Gol).

Perlawanan yang disaksikan lebih 30 penonton ini dimulakan tepat 9.30 malam dengan KDN Kota Bharu FC melakukan sepak mula.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak mengacah kubu lawan. Tanpa diduga, Referee FC melakukan serangan balas pantas dan berjaya menjaringkan 2 gol awal menewaskan RedsFC di gawang KDN Kota Bharu.

Tersentak dengan gol awal tersebut, KDN Kota Bharu memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui sepakan leret Adib_n70 dan penyudahan deras dari Serpihan Pokjoh.

Barangkali selesa dengan gol penyamaan, KDN Kota Bharu bagaikan leka dan kesempatan ini digunakan pemain Referee FC untuk menambah 2 jaringan lagi. Tetapi ia tidak bertahan lama, serangan pantas dari setiap penjuru akhirnya melemaskan jentera pertahanan Referee FC dan peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya oleh pemain KDN Kota Bharu untuk menambah 5 lagi jaringan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan oleh pengadil perlawanan dengan kedudukan KDN Kota Bharu 7-4 Referee FC.

Setelah rehat 5 minit, perlawanan disambung semula dengan Referee FC melakukan sepak mula. Seminit selepas itu, Referee berjaya menambah jaringan tetapi ia pantas dipadamkan oleh Kamil yang melakukan sepakan lencong dari tengah.

Referee FC yang tertekan dengan aksi kemas KDN Kota Bharu mula melakukan sedikit kekasaran tapi ia dapat ditangani oleh semua pemain secara profesional. Serangan bertalu-talu Referee FC akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan sebelas sama.

Tapi dengan satu gerakan solo dari UltrasKid, KDN Kota Bharu berjaya menjaringkan gol kemenangan beberapa minit sebelum masa ditamatkan.

Setelah berhempas pulas selama 5 minit mempertahankan pintu gol, KDN Kota Bharu akhirnya pulang dengan kepuasan apabila menang dengan keputsan 12-11. Kemenangan ini amat manis setelah perlawanan pertama tempoh hari KDN Kota BHaru dibelasah teruk.

Oleh: RedsFC

0 comments: