30 June 2008

Latest: JADUAL PIALA MALAYSIA

NEXT GAME KELANTAN





29 June 2008

Aktiviti terbaru


FUTSAL SESAMA KDNERSss

JAM 11 MALAM
FUTSAL HAJI YA LUNDANG
RABU
2 JULAI 2008

SEMUA KDNERS DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN FUTSAL INI.

Terima Kasih...

28 June 2008

Latest: Lawatan Ke Kuala Terengganu sambil menonton perlawanan Bola Sepak


Ramah mesra dengan Ganu Soccer

Lawatan ke Kuala terengganu menerbitkan seribu kepuasan kepada semua ahli KDN Kota Bharu yang bertandang kesana. Selain menonton perlawanan diantara kelantan vs Ganu, ahli KDN juga sempat beramah mesra bersama-sama ahli GanuSoccer.net..


Ramah Mesra dengan Ganu Soccer

Ucapan terma kasih kepada ahli GanuSoccer kerana menyambut kehadiran pihak kami dengan hati terbuka.. Sekalung penghargaan dari kami kepada anda semua..


Ahli KDN KB bergambar bersama Kelab Penyokom dan orang awam



26 June 2008

Latest: Lawatan Ke Terengganu sempena Perlawanan Piala Malaysia..

KDN Kota Bharu akan mengadakan satu lawatan ke Kuala Terengganu Petang ini lepas Jumaat. Tujuan lawatan ini ialah untuk menyaksikan perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia diantara Kelantan vs Terengganu.

Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Kelate.net dengan penyokong bola sepak siber Terengganu, Ganusoccer.net...

Seramai 11 orang ahli dari Kota Bharu akan ke sana, tidak termasuk dengan mereka yang pergi sendiri.

Kami juga akan mengadakan Live Streaming, terus dari Stadium untuk memberi lebih imformasi kepada ahli yang berada di seluruh dunia. Diharap semua ahli bersedia awal untuk secara langsung malam ini..

Untuk keterangan lanjut, hubungi saudara anokkelate a.k.a Yatimin 017 - 9793686..

Terima Kasih...

Latest: Result

KDN KOTA BHARU (20)
vs
M.I. UNITED (11)

Man Of The Match: Sabri (18 Save)
Top Scorer: Adik PUE
Top Assist: RedsFC


24 June 2008

Latest: Perlawanan Persahabatan Futsal KDN Kota Bharu FC

KDN KOTA BHARU FC
VS
M.I. UNITED

GELANGGANG FUTSAL KOTA
10.45 MALAM
RABU, 25 JUN 2008
____________________________________________________




SEMUA PEMAIN YANG TERSENARAI WAJIB HADIR UNTUK PERLAWANAN

SABRI
REDHEAD
ZNUDINEZ
PUE
ADIB
MRAG
ULTRASKID
SERPIHAN POKJOH
AMIN POKJOH
KAMIL

INJURED: REDSFC

Pembelian Baru KDN KOTA BHARU FC


Serpihan Pokjoh bersama Pengurus KDN Kota Bharu FC, Anokkelate sambil diperhati RedHead


Nama: Ezuan ezuddin
Nick: serpihanpokjoh
Jantina: lelaki
Umur: 28thn
Status: bujang Tok Telajok
Tempat tinggal: Ulu Legeh
Daerah asal: Selatan Monggolia
Transfer Fee: 800 Juto Baht (Seumur Hidup)
Ejen: David Mehjoh David Elliey
Pengalaman: Mewakil Negara Ulu Legeh dan Dilantik Kapten Pasukan


23 June 2008

Latest: KDN Kota Bharu FC vs Referee FC


Selepas Perlawanan



sebelum perlawanan dimulakan

Kota Bharu - Perlawanan timbal balik diantara KDN Kota Bharu FC dan Referee FC di Dewan Futsal Dato Haji Ya, Lundang semalam berlangsung dengan meriah.

KDN Kota Bharu yang membariskan pemain muda dan berbakat akhirnya dapat membalas balik kekalahan tempoh hari dengan jaringan 12-11 mengakibatkan pemain Referee FC pulang kecewa.

Gol-gol KDN Kota BHaru FC disumbangkan pemain bintang yang baru dibeli iaitu Serpihan Pokjoh (3 Gol), Payeh (2 Gol), Mrag (1 Gol), Userun (1 Gol), UltrasKid (1 Gol), Kamil (1 Gol), Lado Cenget (1 Gol) dan Adib (1 Gol).

Perlawanan yang disaksikan lebih 30 penonton ini dimulakan tepat 9.30 malam dengan KDN Kota Bharu FC melakukan sepak mula.

Perlawanan berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak mengacah kubu lawan. Tanpa diduga, Referee FC melakukan serangan balas pantas dan berjaya menjaringkan 2 gol awal menewaskan RedsFC di gawang KDN Kota Bharu.

Tersentak dengan gol awal tersebut, KDN Kota Bharu memperkemaskan jentera serangan dan berjaya mendapatkan gol penyamaan melalui sepakan leret Adib_n70 dan penyudahan deras dari Serpihan Pokjoh.

Barangkali selesa dengan gol penyamaan, KDN Kota Bharu bagaikan leka dan kesempatan ini digunakan pemain Referee FC untuk menambah 2 jaringan lagi. Tetapi ia tidak bertahan lama, serangan pantas dari setiap penjuru akhirnya melemaskan jentera pertahanan Referee FC dan peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya oleh pemain KDN Kota Bharu untuk menambah 5 lagi jaringan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan oleh pengadil perlawanan dengan kedudukan KDN Kota Bharu 7-4 Referee FC.

Setelah rehat 5 minit, perlawanan disambung semula dengan Referee FC melakukan sepak mula. Seminit selepas itu, Referee berjaya menambah jaringan tetapi ia pantas dipadamkan oleh Kamil yang melakukan sepakan lencong dari tengah.

Referee FC yang tertekan dengan aksi kemas KDN Kota Bharu mula melakukan sedikit kekasaran tapi ia dapat ditangani oleh semua pemain secara profesional. Serangan bertalu-talu Referee FC akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menyamakan kedudukan sebelas sama.

Tapi dengan satu gerakan solo dari UltrasKid, KDN Kota Bharu berjaya menjaringkan gol kemenangan beberapa minit sebelum masa ditamatkan.

Setelah berhempas pulas selama 5 minit mempertahankan pintu gol, KDN Kota Bharu akhirnya pulang dengan kepuasan apabila menang dengan keputsan 12-11. Kemenangan ini amat manis setelah perlawanan pertama tempoh hari KDN Kota BHaru dibelasah teruk.

Oleh: RedsFC

Mata Penuh Impian Skuad Kijang


Anokkelate ketika menemubual Azman Ibrahim

Anokkelate & RedsFC

Kota Bharu- Perlawanan menentang Melaka Selasa ini merupakan pentas terbaik skuad kijang untuk mengutip mata penuh bagi menghidupkan semula peluang untuk layak ke suku akhir dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Kekalahan kepada Sarawak dan seri dengan Negeri Sembilan haruslah dilupakan sejenak oleh pemain Kelantan bagi menghadapi lawan seterusnya, pasukan Melaka.

Berdasarkan rekod dalam TM Liga Perdana musim 2007/2008, Kelantan mempunyai kelebihan kerana memenangi kedua-dua perlawanan ke atas Melaka.

Menurut pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, beliau berharap skuad Kijang dapat memungut mata penuh. Beliau yakin dan percaya skuad kendalian Regis Languesse mampu mempamerkan aksi mantap yang diharapkan oleh semua peminat.

Beliau yang ditemui oleh Unit Media KelateDotNet berharap semua peminat terus datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada Pasukan Kelantan.

Ketika diminta mengulas mengenai prestasi pemain import, Azman meminta semua pihak memberi peluang kepada Enock Bentil untuk mempamerkan persembahan terbaik malam esok.

Tambahnya lagi, Regis Languesse tidak boleh mengubah pasukan dalam masa yang singkat, oleh itu berilah peluang kepada Regis untuk membuktikan kemampuannya kepada kita.

Kelantan juga menghadapi masalah kekurangan dari segi kecergasan kerana mudah letih apabila sering diserang pihak lawan. Perlawanan menentang Negeri Sembilan dijadikan contoh tahap pasukan yang masih dibawah.

Azman juga melahirkan rasa terkilan dengan prestasi semasa Mohamodou Mustopha yang lebih bersifat individual dan tidak memberi kerjasama kepada rakan-rakan sepasukan yang lain.

Mohamodou Mustapha yang menjadi penjaring terbanyak Kelantan musim ini dilaporkan akan meninggalkan skuad untuk berhijrah ke Vietnam selepas Piala Malaysia tamat. - Unit Media KDN Kota Bharu

22 June 2008

Latest: KDN Kota Bharu Futsal


Posisi pemain malam ini
(Tekan untuk paparan lebih jelas)


KDN Kota Bharu akan mempertaruhkan barisan muda untuk menewaskan pasukan Pengadil FC di Gelanggang Futsal Dato haji Ya, Lundang malam ini.


Perlawanan yang dijadualkan bermula jam 9 malam ini adalah perlawanan timbal balik setelah KDN Kota Bharu dibelasah teruk minggu lepas.

Senarai Pemain KDN Kota Bharu:

RedsFC
Eyi
Kamil
Znudinez
UltrasKid
Mrag
Userun
RedHead
Adib_n70
Anokkelate
Poknik
Sabri
Pue
Amin Pokjoh
Amukuro (Serpihan Pokjoh)

Menurut kapten KDN Kota BHaru FC, Poknik, beliau amat mengharapkan semua pemain dapat menunjukkan aksi cemerlang dalam permainan. Beliau juga meminta semua pemain agar datang awal dan melakukan senaman ringkas sebelum turun ke gelanggang.

Katanya, tanpa disiplin dan komitmen yang tinggi, mustahil sesebuah pasukan dapat pergi jauh.
Tetapi, beliau yakin, skuad yang dibentuk sejak setahun lalu mampu mengegar dan memberikan cabaran kepada pasukan yang ada di dalam negeri. - KDN Media.


Bersama Enock Bentil
(Tekan gambar untuk paparan lebih jelas dan besar)

21 June 2008

KelateDotNet AWARDS

KDN Kota Bharu telah bersetuju untuk mengadakan satu majlis anugerah untuk pemain dan semua yang terlibat dalam pengurusan pasukan kelantan musim ini.

Antara anugerah yang disediakan kepada:

Pemain Pertahanan Terbaik
Pemain Tengah Terbaik
Pemain Penyerang terbaik
Pemain Import Terbaik
Pemain Harapan

-Tunggu pengesahan seterusnya dari MT KDN Kota BHaru..

Terima Kasih....

20 June 2008

Latest: KDN Futsal Friendly (Timbal Balik)


Sila Tekan untuk paparan lebih besar...

19 June 2008

Latest: Senarai Pemain Yang mewakili KDN Kota Bharu FC


Tekan Gambar Untuk Paparan Besar

18 June 2008

KDN Kota Bharu XTVT di Akhbar Kosmo..


Keratan Akhbar Kosmo Hari ini 19 Jun 2008
untuk bacaan penuh masuk www.kelate.net atau beli akhbar Kosmo

16 June 2008

Latest: Nasi Ulam Esok.. Lawe ko dop sekk kitoww...

Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraf
masa: 12.30 tengahari
Tarikh: 18 Jun 2008

Kepada semua ahli KelateDotNet yang berminat bolehlah sama-sama menyertai perjumpaan ini esok.. banyak agenda yang ingin kita bincangkan.. terima kasih..

Latest: Keputusan


KDN KOTA BHARU 11-24 PENGADIL FC

Persembahan menarik ditunjukkan oleh Pasukan KDN Kota Bharu 15 minit pertama apabila berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan Adib dan Userun. Liima Pemain Utama ialah RedsFC, UltrasKid, Userun, Pue dan Znudinez

Setelah berlaku pertukaran pemain, bermula episod malang skuad KDN Kota Bharu apabila setiap kali serangan pasukan lawan pastinya menerjah jaring. Walaupun banyak bola berjaya diselamatkan penjaga gol, tetapi ia tidak memadai untuk menyekat kerakusan pemain dari Pengadil FC untuk meletakkan bola ke dalam gawang.

Pelbagai cara dan taktikal digunakan oleh KDN Kota Bharu untuk menghasilkan jaringan tetapi semuanya hampa. Pergerakan UltrasKid, Mrag dan juga Amin disekat kemas pertahanan Pengadil FC. Kesan dari itu, mereka berjaya melakukan serangan balas dan menambah jaringan.

Walaupun kadangkala melakukan serangan balas satu dua, ia belum memadai untuk menjinakkan pasukan Pengadil FC untuk terus bermaharajalela membelasah pasukan KDN Kota Bharu semalam.

Setelah bertungkus lumus selama 30 minit, akhirnya perlawanan ditamatkan dengan berkesudahan KDN Kota Bharu 11-24 Pengadil FC.

RedsFC (GK)
UltrasKid
Anokkelate
Mrag
Userun
Amin Pokjoh
Pue
Znudinez
Ayiez
RedHead (GK)
Sabri (GK)
Adib_n70

15 June 2008

Latest: Futsal Friendly

KDN Kota Bharu telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan

Pasukan: PENGADIL FC
Tempat: Gelanggang ARENA FUTSAL, PENGKALAN CHEPA
Masa: 10.45 malam
Hari: ISNIN, 16 Jun 2008

Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli yang berminat untuk bermain sila letakkan nama anda di thread KDN Kota Bharu Futsal.

Kursus Kesedaran Hiv/Aids Jabatan Kesihatan kerjasama KDN KB


Muka depan Power Point Kertas kerja Jabatan Kesihatan


Banner Program Hiv/Aids

Kota Bharu - Program Kesedaran HIV/Aids kepada belia-belia Kota Bharu anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Jabatan Kesihatan Kota Bharu dengan kerjasama Laman web Siber, KelateDotNet berlangsung meriah pagi kelmarin

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Kota Bharu ini disertai 85 orang belia sekitar daerah Kota Bharu.

Tujuan Jabatan Kesihatan menganjurkan kursus ini ialah untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran kepada belia tentang penyakit Hiv/Aids dan kesannya kepada masyarakat.

Menurut pegawai pengelola majlis, Encik Zainudin, penganjuran kursus ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.

Tambahnya, objektif program telah disampaikan secara berkesan oleh penceramah jemputan kepada golongan belia. Oleh itu, dengan pengetahuan yang sedia ada, kami harap para peserta dapat menyebarkan maklumat kursus ini agar masyarakat tahu tentang bahayanya penyakit Hiv/Aids.

Buat julung kalinya, sebuah laman web bola sepak siber terlibat secara langsung dalam aktiviti komuniti. Penglibatan KelateDotNet (KDN) telah membuka mata sesetengah pihak bahawa sesebuah Kelab Siber bukan hanya untuk komuniti internet sahaja tetapi juga untuk program berbentuk kemasyarakatan keseluruhannya.


Bergambar kenangan dengan Barisan Penceramah
Turut Kelihatan AJK dan Urusetia dari KDN Kota Bharu

14 June 2008

Tahniah semua yang terlibat Program Kesedaran HIV/AIDS.....


Siapakah Beliau

Program Kesedaran HIV/AIDS anjuran Jabatan Kesihatan dengan Kerjasama dari KelateDotNet berlangsung meriah pagi tadi. Kehadiran peserta seramai 85 orang telah melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 60 orang.

Sambutan menggalakkan ini memberi seribu erti kepada kedua-dua badan penganjur.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Sekalung terima kasih kepada Jabatan kesihatan kerana sudi memberi ruang kepada KelateDotNet untuk bersama-sama terlibat dalam Program yang amat baik ini.


Sijil dari pihak penganjur kepada wakil Peserta


Pengerusi Prostar Kota Bharu


Dr Hamzah ( Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa)


Encik Mazri (Pegawai AADK Kota Bharu)


Poknik (timbalan Presiden KDN) turut hadir memberikan sokongan


Peserta bertanyakan soalan kepada Penceramah


Peserta kusyuk mendengar penerangan


13 June 2008

Program Kesedaran HIV/AIDS Kepada Belia Kota Bharu dengan Kerjasama KelateDotNet

Senarai AJK yang terlibat sebagai Urusetia untuk Program esok

Pengelola : znudinez
Pendaftaran : pejabat Kesihatan Kelantan
MC : anokkelate
cameraman : adib_n70 & RedsFC
temuramah awal : epiebeck
tugas - tugas khas : mzdin, Lado_Cenget & ayiez

10 June 2008

PIALA MALAYSIA BUKA TIRAI. SARAWAK LAWAN KELANTAN

Bermulanya Piala Malaysia malam ini maka bermulalah cabaran getir yang harus dipikul Regis Languesse. Pengalaman melatih skuad yang lebih hebat dan besar dari Kelantan harus digunakan sepenuhnya oleh Regis untuk memberikan kemenangan pertama kepada skuad Kijang.

Setinggi gunung, harapan yang diberikan penyokong Kelantan untuk melihat Regis membawa pulang 3 mata pertama ke Kota Bharu.

Ayuh skuad Kelantan, buktikan anda boleh. kami sentiasa bersama kamu dalam perjuangan memartabatkan nama Negeri agar setanding di Negara kita....

KDN Kota Bharu Predict:

SARAWAK 1-2 KELANTAN

08 June 2008

Latest: MESYUARAT AJK KEMPEN KESEDARAN HIV/AIDS JABATAN KESIHATAN KERJASAMA KDN KOTA BHARU

TARIKH : 10 HB JUN 2008 (SELASA)
MASA : 12.30 TGH HINGGA 2.00 PTG
TEMPAT: RESTORAN D'BAYAM, JLN BAYAM (DEPAN HOTEL Z & H)

AGENDA :
12.30 - 1.00 PTG = LUNCH
1.00 - 2.00 PTG = MEETING
2.00 PTG = BERSURAI

HARAP MAKLUM SEMUA KEPADA SEMUA AJK YANG TERLIBAT. SILA DATANG AWAL KE TEMPAT TERSEBUT UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KESULITAN...

Latest: Program Komuniti Jabatan Kesihatan & KDN Kota Bharu Kearah Kesedaran Masyarakat..

Selain aktif dalam sukan Futsal, KDN Kota Bharu juga akan mengadakan satu khidmat komuniti apabila bekerjasama denga Jabatan Kesihatan untuk Penganjuran aktiviti kesedaran Hiv/Aids. Butir-butir program adalah seperti yang tertera di bawah.

KURSUS KESEDARAN HIV/AIDS KEPADA BELIA-BELIA DAERAH KOTA BHARU ANJURAN JABATAN KESIHATAN KOTA BHARU DENGAN KERJASAMA KELATE DOT NET (KDN)

Tarikh : 14 Jun 2008
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.

AHLI KDN YG TERLIBATSEBAGAI AJK/URUSETIA :
1.Znudinez
2.RedsFC
3.Anokkelate
4.Redhead
5.Lado Cenget
6.MilenBaros
7.Mzdin
8.Epiebeck
9. Ayiez

Seramai 60 peserta akan mengikuti program ini. Sijil & makanan disediakan. Ahli KDN yang berminat bolehlah menghubungi Anokkelate dan RedsFC.

Terima Kasih...

07 June 2008

Aktiviti terbaru: Futsal Terbuka Bachok



Selepas pertandingan Futsal Jom Sinar kelmarin, KDN Kota Bharu FC di bawah kendalian saudara Yatimin (anokkelate) telah bersetuju untuk menghantar satu lagi pasukan ke pertandingan Futsal terbuka Bachok pada 13 dan 14 Jun ini.

Terima Kasih...






Ulasan pertandingan Futsal Jom Sinar Harian KDN Kota Bharu FC...

Kota Bharu - Turun sebagai pasukan bukan pilihan tidak memberi sebarang tekanan kepada Pasukan KDN Kota Bharu apabila mampu layak ke pusingan kedua dalam pertandingan Futsal Jom Sinar Harian di Arena Futsal Kota Bharu, kelmarin.

Cabaran pertama KDN Kota Bharu melawan Chekok FC berjaya ditempuhi apabila mereka mencatatkan kemenangan 3-2 dalam pertarungan sengit dan mendebarkan tersebut. Terima kasih kepada UltrasKid dengan jaringan kemenangan 10 saat sebelum wisel penamat dibunyikan.

Walaupun satu ketika ketinggalan 2-1, KDN Kota Bharu tidak patah semangat dan berjaya memperoleh jaringan yang dicari selepas 2 minit separuh masa kedua ditiup. Gol ini telah membangkitkan semangat semua pemain untuk memadamkan terus impian Chekok FC memperoleh kemenangan.

Pada perlawanan kedua bertemu Pemuda Wakaf Bharu, KDN Kota Bharu tewas 0-1 apabila kelekaan saat akhir pemain pertahanan telah memberikan ruang buat penyerang Pemuda Wakaf Bharu menjaringkan gol kemenangan seminit sebelum masa ditamatkan.

KDN Kota Bharu bagaikan menempuh laluan sukar apabila perlu membenam cabaran IKBN Bachok B untuk layak ke pusingan kedua. Harapan penyokong setia KDN ditunaikan setelah UltrasKid yang tidak dikawal berjaya memperdayakan 3 pemain IKBN Bachok sebelum menyepak leret ke penjuru kiri gol untuk menjaringkan gol pendahuluan.

Pada separuh masa kedua, hasil dari sepakan deras jarak jauh Andrew Iwanperumo Amukuro telah berjaya menerjah jaring dan gol ini memadam terus semangat pemain IKBN Bachok seterusnya memberikan kemenangan 2-0 kepada KDN Kota Bharu FC.

Pusingan Kedua yang bermula tepat 1.55 Petang melihat persaingan yang sengit dimana KDN Kota Bharu FC diundi bertemu pasukan Real 7. Pertemuan dengan pasukan handalan tersebut diterima dengan penuh redha oleh setiap pemain dan jika menang ia merupakan satu bonus kepada skuad KDN.

Perlawanan bermula dengan sepakan mula oleh pasukan Real 7. Hasil dari sepakan mula tersebut, Real 7 berjaya mendahului 1-0 apabila bola sepakan deras pemain Real 7 terus menerjah jaring dengan RedsFC tidak sempat berbuat apa-apa.

Setelah beberapa percubaan KDN Kota Bharu berjaya diselamatkan penjaga gol, dengan satu serangan balas pantas, Real 7 yang diperkuatkan 2 pemain negeri berjaya menjaringkan gol kedua. Selepas itu mereka banyak bertahan dan melengahkan masa permainan.

Dengan kekalahan tersebut maka berakhirlah cabaran KDN Kota Bharu FC dalam pertandingan Futsal Sinar Harian.

Menurut pengurus pasukan KDN Kota Bharu, Mohd Yatimin Abdullah, kekalahan ini memberi seribu pengertian kepada mereka bahawa KDN Kota Bharu FC masih lagi mentah dalam pertandingan Futsal peringkat negeri.

KDN Kota Bharu tetap dianggap berjaya kerana mampu mara sehingga ke pusingan kedua dan termasuk dalam 64 pasukan terbaik seluruh Kelantan. Kami adalah pasukan underdog kerana hanya menyasarkan pusingan kedua dalam penampilan pertama kami, tambahnya lagi. -KDN Media

KDN Kota Bharu FC:

Pengurusan: Anokkelate, RedHead, Adib, Epiebeck dan Lado Cenget
Pemain: RedsFC, Iwan Amukuro, Pue, Samzi, Kamil, Amin Pokjoh, UltrasKid dan Mrag
Penyokong: MzDin, Poktar, Sabri, Payeh, Ayiez dan McNish

KDN KOTA BHARU FC


BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI KDN KOTA BHARU FC


BERSAMA PEMUDA WAKAF BHARU


KDN KOTA BHARU FC

KEPUTUSAN PENUH FUTSAL JOM SINAR HARIAN

ROUND 1 -

KDN KOTA BHARU 3-2 CHEKOK FC
UltrasKid (3)

KDN KOTA BHARU 0-1 PEMUDA WAKAF BHARU

KDN KOTA BHARU 2-0 IKBN BACHOK
UltrasKid & Andrew Iwanperumo Amukuro

ROUND 2 -

KDN KOTA BHARU 0-2 REAL 7

06 June 2008

Latest: Cabaran Bermula

KDN Kota Bharu FC akan memulakan cabaran Jom Futsal Sinar Harian sebentar lagi dengan melawan IKBN Bachok B.

Doakan kejayaan Pasukan KDN Kota Bharu...

Esok Cabaran Kita Bermula....

Kdn Kota Bharu akan memulakan aksi Futsal Sinar harian esok.. Diharap semua pemain dapat memberikan komitmen dan membantu skuad kita layak ke pusingan seterusnya.. Buat pemain, teruskan usaha untuk menaikkan mutu pasukan Futsal kita..

Teruskan Usaha.. Ahli KDN berada bersama kita...

05 June 2008

Latest: Senarai terakhir untuk Pertandingan Futsal Sinar Harian

KDN Kota Bharu yang sekumpulan dengan Pemuda Wakaf Bharu, Chekok FC dan juga IKBN Bachok B akan memulakan saingan kumpulan 32 pada hari Sabtu, 7 Jun 2008 di Gelanggang D Arena Futsal PC.

KDN Kota Bharu Player Futsal Sinar Harian:

Pengurus: Anokkelate
P/pengurus: RedHead
Kitman: Dr Kadok
Coach: Lado_Cenget
A/coach: Epiebeck
Logistik: Adib_N70

Player

RedsFC
UltrasKid
Iwan Amukuro
Kamil
Mrag
Pue
Samzi
Amin Pokjoh

03 June 2008

KDN KOTA BHARU FC


Tempat Ke-4 Futsal Sahabat KDN Kota Bharu



Berdiri: Adib, RedsFC, Znudinez, Kamil, Payeh
Duduk: UltrasKid, Anokkelate, Eyi dan Ayiez

Tiada dalam Gambar: Rafaiz, RedHead dan Mrag


KDN Kota Bharu temui David Le bras


David ketika ditemuramah oleh wartawan KDN Kota Bharu di Stadium Sultan Muhamad Ke4. petang kelmarin.

-Biodata David-

Nama: David Le Bras
Umur: 24 Tahun
Asal: Utara Perancis

Pengalaman:
2007
Bec - Tero Sasana Arsenal FC.
2006
PP - 70 Tampere / FINLAND
2005-2006
FC Lorient - FRANCE
2004-2005
FC Dender - BELGIUM
2003-2004
Ksk Beveren - BELGIUM
1996-2003
Stade Rennais FC - FRANCE
1989-1996
AS ST Pierre Montrevault - FRANCE

Posisi: Defender & Midfield
Kemahiran: Header n Aggresif
Idola: Nikolas Anelka (France)
Pasukan Kegemaran: France & Italy

Menurut David, beliau mengenali Regis ketika bermain bola sepak di KSK Beveren. Semasa itu, Regis merupakan seorang staff di Beveren dan Regis juga bertanggungjawab membawa dia datang ke Bec tero Sasana.


David juga mengatakan bahawa kemahiran individu yang dimiliki ialah melalui tandukan dan dia tidak takut kepada bola. David juga merupakan seorang yang aggresif ketika dalam permainan.

Selain itu, David Le bras pernah bermain dengan Traore, Eboe, Ribery, Toulalan dan ramai lagi ketika mereka berada di skuad akademi France.

sekian temuramah dari padang Latihan oleh UNIT MEDIA KOTA BHARU..

02 June 2008

Latest: Undian Sinar Harian

KDN Kota Bharu berada dalam Kumpulan 32.

Bersama-sama KDN Kota Bharu ialah:
IKBN BACHOK B
CHEKOK FC
PEMUDA WAKAF BHARU

Apa yang pasti, kebanyakan team yang memasuki pertandingan ini sudah dikenali ramai dan memang yang terkuat di Kelantan.

Terima Kasih..

01 June 2008

Latest: Futsal Sinar Harian

Kepada pemain KDN Kota Bharu yang akan menyertai Futsal Anjuran Akhbar Sinar Harian pada 6hb Jun ini sila Photostet Kad Pengenalan anda dan serahkan kepada Anokkelate selewat lewatnya hari Jumaat ini..

Ini untuk memudahkan Urusan pendaftaran pemain..


Keputusan Futsal KDN Kota Bharu vs M.I United


RedHead bersiap sedia untuk masuk gelanggang sambil diperhatikan Rafaiz.

KDN Kota Bharu - (24)
vs
M.I United - (6)


KDN Kota Bharu List:

RedsFC (GK)
RedHead (GK)
Anokkelate
UltrasKid
Adib_N70
Ayiez
Payeh
Rafaiz
Mrag
Kamil
Eyie
Znudinez (c)
Saim Mrag

Penyokong:

Poktar
Saim Mrag (2)

Man Of The Match: Ayiez
Top Scorer: UltrasKid
Top Assist: Eyie & Mrag
Kredit: RedsFC, RedHead & Rafaiz
FairPlay: KDN Kota Bharu

Perlawanan Futsal KDN Kota Bharu FC

KDN Kota Bharu telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan

Pasukan: Team Shahrul dari kelab penyokong (
M.I UNITED)
Tempat: Gelanggang Futsal One United Pintu Geng.
Masa: 9.45 malam
Hari: Ahad, 1 Jun 2008

Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli yang berminat untuk bermain sila letakkan nama anda di thread KDN Kota Bharu Futsal.