31 December 2008

Selamat Tahun Baru....



Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru Masihi kepada pengunjung Blog KDN KB FC dan tak lupa kepada semua umat Islam di seluruh Dunia.
Tahun Baru Azam Baru, semoga semuanya diberkati oleh Allah S.W.T..
HAPPY NEW YEAR....

30 December 2008

Siri Persiapan Musim 2009

Kelate.Net Vs N 10 FC
8.45 Malam
Stadium Hj Ya, Lundang.
31 Dis 2009

25 December 2008

JADUAL TM LIGA SUPER MUSIM 2009

JADUAL TM LIGA SUPER KELANTAN 2009

[color=#FF0000]PUSINGAN PERTAMA

1. KELANTAN lwn KL PLUS
03.01.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

2. UPB MYTEAM lwn KELANTAN
06.01.2009 (Selasa)
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

3. KELANTAN lwn KM NAZA
10.01.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

4. PDRM lwn KELANTAN
13.01.2009 (Selasa)
Stadium MP Selayang, Selayang

5. PERAK lwn KELANTAN
10.02.2009 (Selasa)
Stadium Perak, Ipoh

6. KELANTAN lwn TERENGGANU
14.02.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

7. PAHANG lwn KELANTAN
17.02.2009 (Selasa)
Stadium Darul Makmur, Kuantan

8. KELANTAN lwn PULAU PINANG
21.03.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

9. KEDAH lwn KELANTAN
04.04.2009 (Sabtu)
Stadium Darul Aman, Alor Setar

10. KELANTAN lwn SELANGOR
11.4.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

11.NEGERI SEMBILAN lwn KELANTAN
02.05.2009 (Sabtu)
Stadium Tuanku Ab Rahman, Paroi

12. KELANTAN lwn JOHOR FC
05.05.2009 (Selasa)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

13. PERLIS lwn KELANTAN
16.05.2009 (Sabtu)
Stadium Utama Kangar, Kangar[/color]

[color=#000000]PUSINGAN KEDUA

14. KELANTAN lwn PERLIS
19.05.2009 (Selasa)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

15. KL PLUS lwn KELANTAN
23.05.2009 (Sabtu)
Stadium PBKL, Cheras, Kuala Lumpur

16. KELANTAN lwn UPB MYTEAM
16.06.2009 (Selasa)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

17. KM NAZA lwn KELANTAN
20.06.2009 (Sabtu)
Stadium Darul Aman, Alor Setar

18. KELANTAN lwn PDRM
23.06.2009 (Selasa)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

19. KELANTAN lwn PERAK
27.06.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

20. TERENGGANU lwn KELANTAN
30.06.2009 (Selasa)
Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu

21. KELANTAN lwn PAHANG
04.07.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

22. PULAU PINANG lwn KELANTAN
07.07.2009 (Selasa)
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

23. KELANTAN lwn KEDAH
11.07.2009 (Sabtu)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

24. SELANGOR lwn KELANTAN
18.07.2009 (Sabtu)
Stadium Shah Alam, Shah Alam

25. KELANTAN lwn NEGERI SEMBILAN
21.07.2009 (Selasa)
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

26. JOHOR FC lwn KELANTAN
25.07.2009 (Sabtu)
Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor Bahru[/color]

Semua Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam

* tertakluk kepada perubahan FAM

P/S: Jadual ini berkuatkuasa mulai pada 23.12.2008

23 December 2008

KDN KB FC - Pertandingan Futsal di Arena Futsal Pengkalan Chepa

KDN KB FC bawah naungan Kelate.Net diundi dalam kumpulan B untuk pertandingan Futsal anjuran Arena Futsal Pengkalan Chepa 25hb ini (esok)..
KDN KB FC dijangka akan bermain pada waktu petang dan setiap kumpulan dikatakan mempunyai 3 pasukan sahaja. Johan dan naib Johan kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.

KDN KB FC dianggotai oleh:

Anokkelate: Pengurus pasukan
RedHead: Penolong Pengurus/Jurulatih taktikal
Adib: Logistik

RedsFC
Pue
UltrasKid
Mrag
Kamil
Faez
Ike3Eko
Amin Pokjoh

Semua ahli KDN yang ingin menyaksikan/Menyokong KDN KB FC diminta turun ke Gelanggang Futsal Arena petang esok.
Mari kita gegarkan Arena Futsal..

21 December 2008

Pertandingan Futsal Arena KB.

KDN Kota Bharu FC akan menyertai satu pertandingan anjuran KB Futsal Arena pada 25hb ini.
Setelah mengadakan satu perbincangan dengan pihak pengurusan, KDN KB FC berhajat untuk menghantar 2 pasukan ke kejohanan ini. diharapkan semua pemain yang ingin menyarung jersi pasukan KDN KB dapat respon dengan segera untuk tindakan lanjut dari pihak pengurusan.
14 pemain diperlukan untuk 2 pasukan dan separuhnya sudah diisi.
tarikh tutup untuk pertandingan ini ialah 23hb 12, jadi, diminta semua pemain respon dengan segera..

Sekian untuk makluman..

19 November 2008

KDN KB Futsal Friendly..

Kelate.net(KDN KB FC) vs Chekok FC

Tarikh : 21 November 2008 (jUMAAT)

Masa : 8.45 malam

Tempat : fUTSAL hJ. yA lUNDANG

Bayarn : RM 5 seorang

Semua ahli Kelate.net di jemput hadir.

Sebarang Pertanyaan hubungi :
anokkelate 019-9454767 / 017-9793686

14 November 2008

Admin KDN Kota Bharu FC

Kami akan mengupdatekan segala aktiviti KDN Kota Bharu bermula minggu depan..
Harap maaf kepada semua pengunjung kerana terdapat sedikit kesulitan yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Admin..

Sekian Terima Kasih..

10 October 2008

Presiden KAFA meriahkan sambutan Hari Raya Kelate Dot Net



Sempena dengan sambutan Aidilfitri 1429, Komuniti Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan, Kelate Dot Net (KDN) telah menganjurkan majlis sambutan perayaan tersebut bertempat di Hotel Juita Premier, Kota Bharu semalam. Selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli, majlis berkenaan turut digunakan untuk membincangkan hala tuju Kelate Dot Net di masa hadapan.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, Marhashim Mat berkata, majlis berkenaan dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Hj. Annuar Musa dan dua orang pemain skuad Liga Perdana Kelantan iaitu Khairan Eroza Razali dan Zairul Fitri Ishak. Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, diatas kesudian Presiden KAFA merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Kelate Dot Net 1429 dan sudi meluangkan masa untuk berdialog dengan ahli-ahli yang hadir.

“Ahli-ahli Kelate Dot Net sebagai peminat setia begitu menghargai kesudian Yang Berbahagia Tan Sri Presiden KAFA hadir kerana secara tidak langsung kami dapat menerima maklumat terkini secara telus dari sumber yang salih.

“ Kesudian Tan Sri Presiden turun padang memeriahkan majlis ini dan berkongsi info berkaitan persiapan pasukan Kelantan musim hadapan sekali gus dapat memberikan jawapan yang tepat tentang persiapan pasukan”, katanya.

Sementara itu, Tan Sri Haji Annuar Musa ketika menyampaikan ucapannya berterima kasih dan menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pihak Kelate Dot Net dalam , membantu menaikkan bolasepak Kelantan. Katanya di dalam bola sepak antara pihak pengurusan, pemain dan penyokong sememangnya saling memerlukan. Justeru, peranan yang telah dilakukan oleh pihak Kelate Dot Net semenjak sembilan tahun lalu dalam membantu memartabatkan kembali maruah bola sepak Kelantan cukup dihargai.

Menurut Presiden KAFA itu, majlis seumpama ini cukup bagus diadakan kerana melalui majlis seperti inilah sesi percambahan minda dan penambahanbaikkan berkaitan pembangunan bola sepak Kelantan dapat dikongsi bersama dengan peminat – peminat.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai persiapan Skuad Kijang untuk musim hadapan, beliau berkata Kelantan sudah pun mempunyai barisan yang hampir lengkap bagi mengharungi cabaran musim hadapan. Malahan Ketua Jurulatih Kelantan yang baru, Peter James Butler bakal menggalaskan tugasnya seawal minggu hadapan.

“ Ketika sepak mula Liga Malaysia bakal bermula tiga bulan lagi, kita mengambil langkah memulakan persiapan daripada sekarang bagi menghadapi saingan musim hadapan. Setakat ini, kita sudah punyai senarai pemain yang hampir melengkapkan keseluruhan pembentukan pasukan bagi menghadapi musim baru yang dijangka bermula pada bulan Januari nanti. Malahan beberapa anak negeri yang bermain untuk pasukan luar juga turut berhajat pulang menabur bakti bersama negeri sendiri” jelasnya.

“ Kelantan juga bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain kebangsaan yang dijangka menyertai latihan intensif pada pertengahan bulan ini “ ujarnya sambil enggan menamakan pemain tersebut sehingga urusan menandatangani kontrak pemain selesai pada minggu ini.

29 September 2008

PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allah Huakbar (7x) Walillah Hillham segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pengurus alam sejagat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda dan para sahabat serta pengikut setia Baginda sampai akhir zaman.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kedatangan Syawal seharusnya dimanfaatkan oleh kita semua, sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang diberikan. Janganlah kita leka meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, dimana kita telah berjaya mengekang hawa nafsu dan tingkah laku semasa di bulan ramadhan. Semoga rahmat dan semangat ramadhan kita teruskan di bulan-bulan yang lain.

Dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, janganlah kita mewujudkan amalan membazir, berbelanjalah ikut kemampun bukannya ikut hawa nafsu. Golongan yang tidak berkemampun jangan kita lupakan. Tunaikanlah zakat fitrah, semoga ia dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama meyambut hari lebaran ini nanti

Buat seluruh warga ahli Kelate.Net berhati-hatilah dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah ayahanda dan ibunda tercinta yang menantikan kepulangan kita. Semoga selamat balik kampung. Raikanlah sambutan lebaran ini dengan penuh kegembiraan bukannya dengan tangisan.

Akhir kata buat seluruh ahli Kelate.Net, kami warga kerja Kelate.Net ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andai kata terkasar bahasa atau tersilap kata secara langsung atau tidak langsung. Selamat Hari Raya AidilFitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.

22 September 2008

Majlis Ramah Mesra Komuniti KelateDotNet




KOTA BHARU- Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Komuniti Kelab Penyokong Bolasepak Siber Kelantan (KelateDotNet) akan mengadakan majlis ramah mesra kali ke-5, bertempat di Juita Primer Hotel di Kota Bharu pada sambutan hari raya keempat.

Setiausaha KelateDotNet, Muhammad Yatimin Abdullah berkata, majlis tahun ini dijangkakan lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai ahli baru dan lama termasuk yang mentap dan bekerja diluar Kelantan.

Katanya, majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihaknya sejak tahun 2004 lagi. Majlis tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli kelab dan pada masa yang sama mengeratkan ukhuwah persaudaran yang telah terjalin.

“Jika sebelum ini, rata-rata kami hanya bertemu dan bersua di dalam forum sahaja, tetapi dengan adanya majlis ini, kita dapat bertemu dan bersua muka dengan lebih dekat lagi,” ujarnya ketika ditemubual.

Menurut beliau, pihaknya berharap agar semua ahli kelab dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut untuk memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut.

Beliau berkata, majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil tertinggi Pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Selain itu, pihak kami akan menjemput beberapa orang pemain skuad Liga Perdana Kelantan bagi memeriahkan lagi majlis.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata kepada ahli kelab yang ingin turut serta dalam majlis tersebut bolehlah membuat bayaran atas nama pengolala majlis Nik Mohd Sallehuddin Nik Abdul Razak melalui akaun Maybank (103015787717) atau CIMB (03010002251207). Resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti dan perlu diserahkan kepada pihak pengelola majlis pada hari berkenaan.

Kepada ahli yang berbuat demikian bolehlah, menghantarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengandungi nama, nama (panggilan dalam forum), No. kad pengenalan dan alamat kepada Unit KelateDotNet Kota Bharu Poknik (013-9917744), Lokman Bunyamin (013-926192), Muhammad Yatimin Abdullah (017-9793686) dan Unit KelateDotNet Kuala Lumpur Hasyim23 (019-2285521) atau boleh terus terus mendaftar di
www.kelate.net.

Bayaran yang dikenakan ialah sebayak RM 22 seoarang. Tarikh akhir bayaran ialah 25 September 2008. Majlis tersebut dijadualkan akan diadakan pada 4 Oktober 2008 bersamaan dengan 4 Syawal 1429 bermula jam 9.30 pagi di Dewan Jelita 1 dan 2.

09 September 2008

Jamuan Hari Raya KelateDotNet 2008


SUKACITA DIMAKLUMKAN SATU JAMUAN HI TEA AIDILFITRI KELATE.NET AKAN BERLANGSUNG PADA

HARI - SABTU 4 OKTOBER 2008 (RAYA KE 4)
TEMPAT - JUITA INN
WAKTU 9.30 PAGI DEWAN JELITA 1 & 2
BAYARAN - RM 22.00 SEORANG
UTK BAYARAN BOLEH DIDEBITKAN KE AKAUN POKNIK

NIK MOHD SALLEHUDDIN BIN NIK ABDUL RAZAK
103015787717 (MAYBANK)
03010002251207 (CIMB)

*sila simpan resit bank in sebagai bukti bayaran dan utk rujukan*
UTK KETERANGAN LANJUT AHLI AHLI KDN BOLEHLAH MENGHUBUNGI

LOKMAN (REDHEAD) - 013-9261592
POKNIK - 013-9917744

08 September 2008

Hikmah Berpuasa


Asslamualaikum
Sedar atau tidak kita sudah pun 8hari kita berada didalam bulan ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat. Bulan dimana semua umat Islam menjalani ibadah selaras dengan tuntutan Rukun Islam yang Ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur Alahamdulillah kerana, saya dan jemaah sekalian masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadat puasa serta sama-sama berada dalam bulan penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, anokkelate dan redfc ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang hikmah kenapa kita disyariatkan untuk berpuasa. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita semua perlu tahu apa itu yang dimaksudkan dengan puasa. Secara umumnya, puasa bermaksud menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Ta’ala. Begitu juga dengan hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Hikmah Puasa :
Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah diatas nikmat dan pemberiaNya yang tidak terhingga.

Mengutakan iman kita kepada Allah s.w.t lerana iman kepadaNya menyebakan kita menahan diri daripada segala keinginan nafsu shawat pada siang hari sepanjang bulan puasa.
Sebagai medium untuk memberikan pendidikan kepada jiwa supaya mentaati segala suruhan Allah.

Menginsafi diri bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah disisiNya.

Melatih supaya menjadi orang yang muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah) iaitu orang yang dapat menahah diri daripada menurut hawa nafsu.

sebagai medium untuk melahih diri supaya bersifat sabar, kuta dan tahan menghadapi segala cubaan, kesushan dan kesengsaraan yang dating menimpa.

06 September 2008

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa KDN Kota Bharu Sempena Game BPL -
Liverpool v Manchester United

Tarikh : 13 September 2008 / 13 Ramadhan 1429 (SABTU)
Tempat : Kiosk KDN, Medan Usahawan
Masa : 5.30 petang - 11 malam

Aturcara :
5.30 petang - Berkumpul di Kiosk KDN
6.00 malam - Membeli juadah berbuka di Bazar Ramadahan Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV
7.17 malam - Majlis berbuka puasa bermula
7.40 malam - Solat Maghrib
7.45 malam - Menyaksikan Perlawanan BPL - Liverpool v Manchester United
9.45 malam - Makan Colek

Semua Ahli KDN berdekatan dijemput hadir


Antara yang akan hadir :

Penyokong Liverpool :
1. RedHead
2. Milenbaros
3. Zamani3378
4. Orcadlayout
5. Epiebeckham

Penyokong Manchester United :
1. Anokkelate
2. Adib_n70
3. Abu (saing Adib_n70)
4. Ultraskid
5. Doktor_kadok

04 September 2008

Majlis Berbuka Puasa KDN Kota Bharu..

Bilo nok wakk Majlis Buko poso besar besare niehh...
kalu ado oyakk laa...

Terima Kasih..

02 September 2008

SELAMAT BERPUASA


KAMI WARGA KELATE.NET BAHAGIAN KOTA BHARU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA KELATE.NET DAN JUGA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI.

23 August 2008

KEPUTUSAN PENUH FUTSAL SAHABAT KDN MERDEKA 2008

JUARA - CHEKOK FC
NAIB JUARA - RUNNER FC
KETIGA - FALAHIAH OLD BOYS FC
KEEMPAT - KDN KOTA BHARU FC
KELIMA - SKJP FC

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan Futsal sahabat Merdeka ini.

21 August 2008

Hadiah Futsal KDN Sahabat Merdeka 2008

Tempat Pertama (Johan) -RM100 dan Piala

Tempat Kedua (Naib Juara) - RM80 Dan Piala

Tempat Ketiga -RM50 Dan Piala

Tempat Keempat dan Kelima akan menerima Hamper

Jadual Futsal Sahabat Merdeka KDN 2008


perlawanan

SKJP VS KDN (8.15 pagi)
CHEKOK FC VS FALAHIAH (8.35 pagi)
RUNNERS FC VS KDN (8.55 pagi)
CHEKOK VS SKJP (9.15 pagi)
FALAHIAH VS RUNNERS FC (9.35 pagi)
KDN VS CHEKOK FC (9.55 pagi)
FALAHIAH VS SKJP (10.15 pagi)
RUNNERS FC VS CHEKOK FC (10.35 pagi)
KDN VS FALAHIAH (10.55 pagi)
RUNNERS FC VS SKJP (11.15 pagi)

Tempat pertama n Kedua akan berlangsung 1 perlawanan menentukan juara
tempat ketiga ditentukan dengan pungutan perbezaan punggutan mata dan jaringan

penyampaian hadiah selepas perlawanan tamat
harap maklum


Perubahan Jadual Futsal Sahabat Merdeka 2008

Setelah penarikan diri pasukan Aman Razak, kejohanan Futsal akan disertai 5 pasukan secara liga dan hadiah terpaksa dikurangkan kerana kita kekurangan budget...

no 1 rm100 serta medal
no 2 rm80 serta medal
no 3 rm50 serta medal
no 4 & 5 hamper saguhati

air minuman disediakan kepada semua pasukan

perlawanan

A1 VS A3 (8.15 pagi)
A2 VS A4 (8.35 pagi)
A5 VS A3 (8.55 pagi)
A4 VS A1 (9.15 pagi)
A2 VS A5 (9.35 pagi)
A3 VS A4 (9.55 pagi)
A2 VS A1 (10.15 pagi)
A5 VS A4 (10.35 pagi)
A2 VS A1 (10.55 pagi)
A3 VS A5 (11.15 pagi)

penyampaian hadiah jam 11.45 pagi,
harap maklum

19 August 2008

Jadual Perlawanan Futsal Sahabat Edisi Merdeka 2008

PERINGKAT SARINGAN

A1 lwn A3 (8.00 pagi)
B1 lwn B3 (8.15 pagi)
A2 lwn A4 (8.30 pagi)
B2 lwn B4 (8.45 pagi)
A1 lwn A4 (9.00 pagi)
B1 lwn B4 (9.15 pagi)
A3 lwn A2 (9.30 pagi)
B3 lwn B2 (9.45 pagi)
A1 lwn A2 (10.00 pagi)
B1 lwn B2 (10.15 pagi)
A3 lwn A4 (10.30 pagi)
B3 lwn B4 (10.45 pagi)


Separuh akhir 1
Juara A lwn naib juara B (11.00 pagi)

Separuh akhir 2
Juara B lwn naib juara A (11.15 pagi)

Tempat Ke3 dan Ke4
Kalah Separuh Akhir 1 lwn Kalah Separuh Akhir 2 (11.30 pagi)

Akhir
Pemenang Separuh akhir 1 lwn pemenang separuh akhir 2 (11.45 pagi)

Penyampaian hadiah kepada pemenang akan dilakukan pada 11.50 Pagi

Futsal 5 Penjuru

Pertandingan Futsal 5 Penjuru semalam berlangsung meriah dengan kehadiran para pemain dan juga penyokong 5 pasukan yang bertanding.
Pertandingan Futsal 3 jam anjuran KDN Kota Bharu kelolaan RedHead di adakan dengan tujuan untuk memanaskan badan sebelum pertandingan Futsal Merdeka 8 Pasukan jumaat ini.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan semalam.
Rata-rata pasukan yang menyertai pertandingan semalam puas hati dan begitu bersemangat apabila menunjukkan permainan yang menghiburkan.

Futsal 5 Penjuru - Malam ini di Futsal Arena

5 Pasukan telah mengesahkan untuk menyertai pertandingan Futsal penjuru ini:

KDN Kota Bharu FC
Mabim FC
Chekok FC
Runner FC
Falahiah Old Boys

Perlawanan akan dimulakan tepat jam 10 Malam bertempat di Arena Futsal, Pengkalan Chepa.
Semua pasukan yang bertanding akan diundi untuk bertemu mana-mana pasukan yang bertanding..
Format adalah secara Liga dan dua pasukan teratas akan layak ke pertandingan akhir..

17 August 2008

Futsal Terbaru

FRIENDLY FUTSAL KDN KOTA BHARU 3 PENJURU

KDN KOTA BHARU v RUNNER FC v FALAHIAH OLD BOYS FC

TEMPAT : FUTSAL ARENA (BARU), PENGKALAN CHEPA

GELANGGANG : 4

TARIKH : 19 OGOS 2008 (SELASA)

MASA : 9.45 - 12.00 MALAM (2 JAM NON-STOP)

BAYARAN : RM 5.00 SEORANG

SEMUA AHLI KDN KOTA BHARU DIJEMPUT HADIR

Ahli yang berminat sila isi nama anda di Thread KDN Kota Bharu FC www.Kelate.net

Terima Kasih..

15 August 2008

Latest: Malam Ini

BADMINTON BERSAMA JAN NECAS

TARIKH : 15 OGOS 2008

MASA : 10:00 - 12:00 MALAM

TEMPAT : DEWAN (BARU) BADMINTON TENGKU ANIS, PENGKALAN CHEPA

SEMUA AHLI KDN DIJEMPUT HADIR

BAYARAN : RM 5.00 SEORANG

-Perlawanan Badminton berlangsung meriah dengan kehadiran 14 orang ahli KDN..Terima Kasih dan Tahniah kepada yang hadir terutamanya pemain Import Kelate, Jan Necas..

14 August 2008

Kenangan KDN Kota Bharu Bersama Jan Necas










Semoga Jan Necas semakin maju dalam kerjaya Bola Sepak setelah pulang ke Negara Asal. Terima Kasih atas sumbangan anda Jan Necas. Jasamu terpahat dalam hati setiap Peminat Bola Sepak Kelate seluruh negara....

10 August 2008

Futsal Sahabat Merdeka 2008 -Anjuran KDN Kota Bharu FC




Laman web rasmi bolasepak Kelantan, http://www.kelate.net dan entiti di bawah naungannya iaitu KDN KB FC Futsal akan menganjurkan satu kejohanan futsal persahabatan 8 pasukan, edisi 2 butirannya seperti berikut:

Tarikh : 22 Ogos 2008
Hari : Jumaat
Waktu : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Venue : Futsal Haji Ya Lundang

Penyertaan:

1. Setiap pasukan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00sahaja
2. Penganjur akan menyediakan hadiah seperti berikut:
Juara : RM150.00 serta Medal
Naib juara : RM130.00 serta Medal
Tempat ketiga : RM100.00 serta Medal
Tempat ke 4 – 8 : Hamper
3. Terbuka kepada semua.
4. Maklumat pasukan dan bayaran perlu diserahkan kepada penganjur selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang 18 hb Ogos 2008 di kiosk KDN, untuk memudahkan penganjur merangka jadual perlawanan dan undian pasukan.
5. Tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

06 August 2008

KDN Kota Bharu Futsal Friendly

KDN KOTA BHARU
10-16
CHEKOK FC

TARIKH : 9 OGOS 2008 (SABTU)

MASA : 8.45 - 10.00 MALAM

TEMPAT : FUTSAL HAJI YA DEWAN DATO LUNDANG (ANFIELD)

BAYARAN : RM 5.00 SEORANG

SEMUA AHLI-AHLI KDN KB WAJIB DATANG KALAU TAK UZUR



FRIENDLY FUTSAL (AKAN DATANG)

KDN KOTA BHARU vs Cosmopoint Kota Bharu FC

TARIKH : Belum Ditetapkan
MASA : Belum Ditetapkan
Tempat: Belum Ditetapkan

Tunggu Perkembangan Selanjutnya dari Pengurus Pasukan KDN Kota Bharu FC - Saudara Anokkelate.

03 August 2008

Piala Malaysia

Kelantan FA dalam Piala Malaysia

Analisis Keseluruhan:

Pusingan Pertama

Sarawak 3-1 Kelantan
Kelantan 3-1 Melaka
Kelantan 0-0 Negeri Sembilan
Terengganu 1-2 Kelantan
Kelantan 5-2 Selangor

Pusingan Kedua

Kelantan 3-2 Sarawak
Melaka 1-1 Kelantan
Kelantan 0-1 Terengganu
Selangor 4-1 Kelantan
Negeri Sembilan 4-1 Kelantan

SELANGOR 10 8 1 1 29 25

TERENGGANU 10 6 1 3 18 19

N.SEMBILAN 10 5 1 4 15 16

KELANTAN 10 4 4 2 17 14

SARAWAK 10 3 0 7 17 9

MELAKA 10 1 1 8 13 4



-Keseluruhan ialah Kelantan mencatat 4 kemenangan, 4 kalah dan 2 Seri.
-Kelantan menduduki tempat ke4 dalam kumpulan A dengan memungut 14 Mata dibawah Selangor,m Terengganu dan juga Negeri Sembilan.

KELANTAN FA TERSINGKIR DARI SAINGAN PIALA MALAYSIA UNTUK MUSIM 2008

26 July 2008

Gambar terbaru RedsFC di Legong.. Mano aktiviti KDN Kota Bharu?


RedsFC di Kolam Air Panah bersama teman-Teman UUM.
p/s: Mano Aktiviti KDN KB. Tangguh pah ceross...

Result Futsal Persahabatan.

KDN KOTA BHARU FC vs TWINTECH FC

Keputusan tidak dapat diumumkan kerana masalah teknikal..
Segala Kesulitan amat dikesali..
Harap Maklum..

Terima Kasih

22 July 2008

LATEST : FUTSAL PERSAHABATAN



KDN KOTA BHARU VS TWINTECH FC


JAM :9.45 MALAM
LOKASI : CHERANG (tepi tali air kada)
TARIKH : 23 JUL 08 (RABU)

*Semua Pemain diminta mengisi nama didalam Forum*
(T
hread KDN Kota Bharu FC)

Terima Kasih..

21 July 2008

Piala Malaysia - Adakah Kelantan mampu layak ke Suku Akhir.


NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Stadium Paroi

2/08.08 (8.45 Malam)


Apa sudah Jadi


Kota Bharu – Kemerosotan prestasi Kelantan di akhir kempen amat membimbangkan segelintir peminat yang selama ini menaruh kepercayaan untuk Kijang layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan terakhir menunjukkan Kelantan hanya gah di persada apabila tidak diberi harapan dan terkulai layu apabila rata-rata pasukan mula menunjukkan keupayaan sebenar.

Bermula dengan seri di Hang Jebat, leburnya rekod tanpa kalah di Kota Bharu oleh Terengganu dan dimalukan Selangor di Shah Alam memberi petanda awal Kijang sudah berada di penghujung prestasi dan memerlukan suntikan baru bagi terus bersaing.

Dengan baki satu perlawanan di tangan, hampir kesemua peminat dan pengkritik bola sepak Kelantan sudah tahu bahawa harapan untuk ke pusingan seterusnya semakin jauh dan akan terkubur begitu sahaja.

Harapan layak mungkin akan menjadi kenyataan jika Terengganu tewas di tangan Sarawak tetapi ia ibarat mimpi di siang hari kerana Kelantan juga perlu menang besar di Paroi. Sebarang keputusan selain dari menang memungkinkan Kijang tersingkir dan semua anak Kelantan harus menunggu setahun lagi untuk melihat Kelantan bersaing di Piala Malaysia.

Justeru itu, Regis Languesse, Zahasmi Ismail dan Salim Mahmood haru mencari tonik segera dengan membuat percaturan awal bagi merealisasikan hasrat untuk ke pusingan seterusnya.

Jika mereka sudah mengalah dalam perebutan ke suku akhir, Regis dan juga pembantu harus memulakan perancangan dari sekarang untuk musim hadapan. Prospek untuk Juara Liga Perdana dan mara ke Liga Super amat penting musim hadapan dan semua pihak pengurusan skuad serta KAFA harus bersatu agar harapan itu dapat dicapai.

RedsFC – Koresponden Utara (Kedah)

Keputusan Poll....

Setelah Sebulan mengadakan Undian Pemain Terbaik Tahunan Kelantan FA di Blog KDN Kota Bharu FC, keputusannya ialah:

Jan Necas - 23 Undian (41%)
Mohamadou Mustopha - 11 Undian (19%)
Rizal Fahmi - 5 Undian ( 8%)
Zairul Fitree - 4 Undian (7%)
Badri Radzi - 3 Undian (5%)
Ramizul Adnan Zahini - 3 Undian (5%)
Mohd Shahrizan Ismail - 3 Undian (5%)
Farisham Ismail - 2 Undian (3%)
Khairan Eroza Razali - 1 Undian (1%)
Nidzad Ayub - 1 Undian (1%)
Ezrie Shafizie - 0 Undian (0%)

*Tidak semua pemain Kelantan FA dimasukkan dalam Undian*


Keputusan Poll ini adalah Undian dari 56 orang Responden yang melayari Blog kami.. Tidak merangkumi semua peminat bola sepak Kelantan dan ahli-ahli www.kelate.net..
Terima Kasih...

19 July 2008

Aktiviti Terbaru KDN Kota Bharu


KELATE DOT NET (KDN) KOTA BHARU
AKAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN AGUNG BUAT PERTAMA KALI PADA

TARIKH : 25 JULAI 2008
TEMPAT: D BAYU BEACH RESORT, BACHOK, KELANTAN
MASA : 8 MALAM

KEPADA SESIAPA BERMINAT BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN :
Saudara ANOKKELATE di talian 017-9793686


ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN IALAH :

BBQ
SESI BERKENALAN SESAMA AHLI
BRAINSTORMIN PROGRAM DAN AKTIVITI KDN KOTA BHARU
DAN BANYAK LAGI....


SEMUA KDNERSss DI JEMPUT HADIR

..INGAT DAFTAR SEBELUM SELASA INI..

15 July 2008

Lawatan Sambil Belajar KelateDotNet Bersama AADK


Gambar ini dirakam semasa sesi Lawatan Sambil Belajar KelateDotNet Bersama AADK ke Selangor pada 15 Julai 2008.



Bersemangat Timbalan Pengarah AADK Kelantan Memberikan Sokongan Buat Pasukan Kijang Ketika bertemu Selangor Malam Tadi


Wakil KelateDotNet



Sesi Taklimat Bersama AADK Petaling Jaya

13 July 2008

Futsal Sahabat : KDN Kota Bharu vs Miria Fc


Gambar Kenangan antara Kedua-dua pasukan, Sebelum Perlawanan

KelateDotNet Meriahkan Pesta Nasi 100


Ayiez Gegar & Datuk Bandar Sempat Memeriahkan suasana


Ketua Unit Media KelateDotNet Kota Bharu Sempat Bergambar Dengan Hidangan Yang Di Pamerkan Pada Pesta Tersebut

Bersempena dengan Pesta 100 yang berlangsung di Kota Bharu bermula 12 -14 julai 2008. Unit Media KelateDotNet sempat memeriahkan pesta tersebut. Terdapat hampir 100 jenis nasi di pamerkan di situ. Program ini adalah anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan (MTPN) dan Persatuan Pemandu Pelancongan Negeri Kelantan(KTIGA).

Antara nasik yang popular ialah :
1. Nasi Kerabu
2. Nasi Tumpang
3. Nasi Berlauk dan macam2 lagi...


P/S : Jalan2 Cari Makan Bersama Unit Media Kelate Dot Net, Mesti Best....

LATEST : FUTSAL PERSAHABATAN


AKTIVITI FUTSAL KDN KOTA BHARU:


KDN KOTA BHARU vs MISSION IMPOSSIBLE FC (SHAHRUL KELAB PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN)

TARIKH : 13 JULAI 2008 (AHAD) HARI INI
TEMPAT : FUTSAL UNITED, PINTU GENG
MASA : 9.45 MALAM

SEMUA AHLI-AHLI KDN DIJEMPUT BERMAIN ATAU MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA

PERTANYAAN HUBUNGi :

ANOKKELATE : 019-9454767 / 017-9793686
REDHEAD : 013-9261592I

KelateDotNet Bersama Masyarakat Perangi Denggi


Petugas kelateDotNet Sibuk Menguruskan Sampah-sampah Yang ingin dilupuskan


Baru-baru ini, bertempat di kampung Paya Rambai, Kota Bharu. Kelab Penyokong Siber Kelantan (KelateDotNet) telah mengikuti program khidmat masyarakat iaitu "Kampen Bebas Denggi Siri II"

anjuran Pejabat Kesihatan Daerah kota Bharu dan Penduduk Kampung Paya Rambai dengan Kerjasama MPKB-BRI. Program Ini di jalankan bertujuan untuk membantu menggurangkan kadar demam denggi dikawasan tersebut, selain mendidik masyarakat supaya cakna kepada kebersihan dan kesihatan.

09 July 2008

KelateDotNet Bersama Masyarakat

KelateDotNet Dengan Kerjasama Unit Kawalan Vektor Dan Penyakit Pejabat Kesihatan Kota Bharu Bersama Komuniti Penduduk Paya Rambai akan mengadakan program "Gotong-royong Perdana bagi Membasmi Denggi".

Masa Dan Tempat adalah Seperti Berikut :

Tarikh: 12 Julai (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kg Paya Rambai, Kota Bharu.

Kepada Sesiapa yang berminat sila hubungi :

1. Anokkelate-0199454767/0179793686
2.Znudinez-0169229486
3.Palo Merah-0139261592

Bahaya Denggi


Demam Denggi

Sejarah....

Denggi adalah penyakit bermusim yang bukan sahaja melanda di negara kita bahkan di negara-negara Tropika yang lain. Kewujudan deman denggi ini dikesan sekitar tahun 1970an di mana pada masa tersebut hanya beberapa negara sahaja yang dilanda wabak ini dan jumlah ini meningkat ke hampir 40% jumlah penduduk dunia yang menghidap penyakit ini sekarang.Malaysia adalah diantara negara yang menjadi serangan wabak denggi ini secara agresif dimana beberapa kes demam denggi berdarah dicatatkan setiap tahun dan ini membimbangkan ramai pihak terutamanya pihak Kerajaan yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti-aktiviti melalui pihak-pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi menangani masalah wabak denggi ini.

Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikesan iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Penghasilan virus ini telah disebarkan oleh 2 jenis nyamuk iaitu:

Nyamuk Aedes Aegypti
Nyamuk jenis ini kerap didapati berterbangan dikawasan rumah dan ia bertelur dan membiak secara agresif didalam bekas buatan yang terdapat didalam mahupun diluar rumah.

Nyamuk Aedes Albopictus
Nyamuk jenis ini pula adalah penyebar virus denggi yang paling banyak berlaku di kawasan bandar di negara kita ini. Ia membiak dengan agresif dikawasan luar rumah terutamanya didaun atau pasu bunga, kawasan kotor, pokok, kawasan semak serta kawasan tumbuh-tumbuhan yang lain.


Penghasilan wabak denggi ini ke manusia adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk aedes betina yang seterusnya menyalurkan virus kedalam darah manusia. kesan daripada gigitan nyamuk ini akan menghasilkan 2 jenis wabak denggi iaitu:

Demam Denggi Biasa
Tanda-tanda demam ini bergantung kepada umur mangsa. Demam ini akan menghasilkan tompokan ruam serta kesan demam yang kuat pada kanak-kanak atau bayi manakala bagi dewasa pula kesan demam yang kuat berlaku secara mendadak dan berlangsung selama seminggu, selain daripada itu kemunculan ruam serta sakit pada otot, sendi dan mata akan berlaku pada hari ke 3 demam. kesan bintik merah dibawah kulit juga akan terhasil.

Demam Denggi Berdarah - Bahaya
Kesan kepada demam ini merangkumi beberapa faktor seperti:
1. Pendarahan pada hidung, gusi serta tompokan ruan yang banyak dikawasan bawah kulit, pendarahan pada najis, kencing berdarah serta pengeluaran haid yang berlebihan.

2. Pembesaran hati mungkin terjadi pada peringkat awal dan pembesaran ini mungkin mencecah ke 2-4cm pada bahagian bawah tulang rusuk kanan.

3. Kegagalan dan gangguan peredaran darah berlaku dengan tanda-tanada seperti kesejukan, konjesti kulit, kebiruan serta kadar degupan nadi yang kuat. Mangsa akan menjadi resah dan lemah dan mungkin akan mengalami renjatan serta sawan.

Oleh itu, beringat serta cegahlah wabak ini dari menular dengan memastikan kebersihan persekitaran kawasan rumah kita. Pastikan tiada takungan air berlaku dan bersihkan sampah sarap yang terdapat di rumah kita. Berjumpalah dengan pakar ataupun doktor jika anda mengalami sintom seperti diatas. Sayangi keluarga kita, lakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara buruk yang bakal terjadi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Hapuskan denggi keluarga sejahtera. Denggi itu pembunuh!

08 July 2008

Bersama Unit Keselamatan Stadium..



Unit Media KelateDotNet dan unit keselamatan Stadium bergambar bersama-sama di Stadium Sultan Muhammad ke-IV , Kota Bharu. Tujuannya ialah untuk mempromosikan Kelate.net dengan lebih dekat kepada orang ramai terutamanya pada mereka yang terdiri dari unit beruniform.

Tahniah kepada semua petugas Unit Media KelateDotNnet yang bertungkus lumus menjalankan kerja dalam mempromosikan laman web Siber ini.

Inilah adalah sebahagian daripada gerak kerja KDN Kota Bharu bersama unit media Kelate.net.

Latest: Keputusan Poll

Setelah 20 Hari membuat undian di Blog mengenai tahap kekuatan pasukan Futsal KDN Kota Bharu FC.. Seramai 27 Responden telah mengundi dan keputusannya ialah:

8 (29%) Responden mengundi KDN Kota Bharu masih lagi lemah..
9 (33%) Responden mengundi KDN Kota Bharu mempunyai kekuatan yang sederhana..
10 (37%) Responden Mengundi KDN Kota Bharu merupakan sebuah pasukan yang kuat..

Terima Kasih kepada pengunjung yang mengundi poll tersebut...

05 July 2008

Terima Kasih Buat Epic & RedFC


RedFC



epieBECK


Kami warga KelateDotNet (KDN) Kota Bharu merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua koresponden luar ini atas segala jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan mereka semasa berada di Kota Bharu. Sesungguhnya jasa anda berdua amat kami hargai...

"semusim bersama, seadab terasa"

ikhlas dari ....

Ketua Unit Media
Anokkelate
KelateDotNet (KDN) Kota Bharu Fc

04 July 2008

Keputusan Perlawan Persahabatan

KDN KOTA BHARU FC 5-15 CHEKOK FC

terima kasih kepada pemain yang hadir pada malam nih :

1.mrag
2.adib
3.redhead
4.znudinez
5.utrasKid
6.userun
7.baliohead
8.amin pokjoh
9.serpihan pokjoh
10.zamani


03 July 2008

LATEST : FUTSAL PERSAHABATAN


KDN KOTA BHARU FC
VS
CHEKOK FC


JAM: 10 MALAM
TEMPAT: ARENA FUTSAL PENGKALAN CHEPA
HARI JUMAAT
(4 JULAI 2008)

Semua Pemain dijemput Hadir ke Gelanggang Futsal Arena..

Thanks..

02 July 2008

Futsal Ahli KDN Kota Bharu FC


KDN Kota Bharu Liverpool


KDN Kota Bharu Manchester United

Malam tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara Ahli KDN Kota Bharu FC di Dewan Futsal Dato Haji Yaa, Lundang. Para pemain yang hadir dibahagi kepada 2 pasukan iaitu Team Manchester United dan Liverpool.

Tahniah pada yang hadir..

ike3ekosekilo
ayiez
payeh
poktar
sepupu poktar&payeh
adib_n70
anokkelate
RedsFC
redhead
mrag
baliohead
userun
dan semua yang hadir bagi menjayakan futsal perpisahan ahli-ahli KDN Kota Bharu yang akan menyambung pelajaran di tempat masing2


Terima kasih....



Pemain Menunggu masuk ke gelanggang

01 July 2008

Aktiviti Hari Ini - RABU 2 JULAI 2008

TENGAHARI: 12.30 - 2.30 PTG
-NASI ULAM CIKGU KAMPUNG KRAF

PETANG: 3.00 - 6.00 PTG
-BERKUMPUL DI KIOSK KDN MEDAN USAHAWAN

MALAM: 10.45 - 12.00 MALAM
-PERLAWANAN FUTSAL AHLI KDN KOTA BHARU FC DI GELANGGANG FUTSAL DATO HAJI YAA, LUNDANG

SEMUA AHLI KDN YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI AKTIVITI INI SILA HADIR KE TEMPAT YANG DITETAPKAN TEPAT PADA MASANYA

30 June 2008

Latest: JADUAL PIALA MALAYSIA

NEXT GAME KELANTAN





29 June 2008

Aktiviti terbaru


FUTSAL SESAMA KDNERSss

JAM 11 MALAM
FUTSAL HAJI YA LUNDANG
RABU
2 JULAI 2008

SEMUA KDNERS DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN FUTSAL INI.

Terima Kasih...

28 June 2008

Latest: Lawatan Ke Kuala Terengganu sambil menonton perlawanan Bola Sepak


Ramah mesra dengan Ganu Soccer

Lawatan ke Kuala terengganu menerbitkan seribu kepuasan kepada semua ahli KDN Kota Bharu yang bertandang kesana. Selain menonton perlawanan diantara kelantan vs Ganu, ahli KDN juga sempat beramah mesra bersama-sama ahli GanuSoccer.net..


Ramah Mesra dengan Ganu Soccer

Ucapan terma kasih kepada ahli GanuSoccer kerana menyambut kehadiran pihak kami dengan hati terbuka.. Sekalung penghargaan dari kami kepada anda semua..


Ahli KDN KB bergambar bersama Kelab Penyokom dan orang awam



26 June 2008

Latest: Lawatan Ke Terengganu sempena Perlawanan Piala Malaysia..

KDN Kota Bharu akan mengadakan satu lawatan ke Kuala Terengganu Petang ini lepas Jumaat. Tujuan lawatan ini ialah untuk menyaksikan perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia diantara Kelantan vs Terengganu.

Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Kelate.net dengan penyokong bola sepak siber Terengganu, Ganusoccer.net...

Seramai 11 orang ahli dari Kota Bharu akan ke sana, tidak termasuk dengan mereka yang pergi sendiri.

Kami juga akan mengadakan Live Streaming, terus dari Stadium untuk memberi lebih imformasi kepada ahli yang berada di seluruh dunia. Diharap semua ahli bersedia awal untuk secara langsung malam ini..

Untuk keterangan lanjut, hubungi saudara anokkelate a.k.a Yatimin 017 - 9793686..

Terima Kasih...

Latest: Result

KDN KOTA BHARU (20)
vs
M.I. UNITED (11)

Man Of The Match: Sabri (18 Save)
Top Scorer: Adik PUE
Top Assist: RedsFC