08 September 2008

Hikmah Berpuasa


Asslamualaikum
Sedar atau tidak kita sudah pun 8hari kita berada didalam bulan ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat. Bulan dimana semua umat Islam menjalani ibadah selaras dengan tuntutan Rukun Islam yang Ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur Alahamdulillah kerana, saya dan jemaah sekalian masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadat puasa serta sama-sama berada dalam bulan penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, anokkelate dan redfc ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang hikmah kenapa kita disyariatkan untuk berpuasa. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita semua perlu tahu apa itu yang dimaksudkan dengan puasa. Secara umumnya, puasa bermaksud menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Ta’ala. Begitu juga dengan hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Hikmah Puasa :
Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah diatas nikmat dan pemberiaNya yang tidak terhingga.

Mengutakan iman kita kepada Allah s.w.t lerana iman kepadaNya menyebakan kita menahan diri daripada segala keinginan nafsu shawat pada siang hari sepanjang bulan puasa.
Sebagai medium untuk memberikan pendidikan kepada jiwa supaya mentaati segala suruhan Allah.

Menginsafi diri bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah disisiNya.

Melatih supaya menjadi orang yang muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah) iaitu orang yang dapat menahah diri daripada menurut hawa nafsu.

sebagai medium untuk melahih diri supaya bersifat sabar, kuta dan tahan menghadapi segala cubaan, kesushan dan kesengsaraan yang dating menimpa.

0 comments: