29 September 2008

PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allah Huakbar (7x) Walillah Hillham segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pengurus alam sejagat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda dan para sahabat serta pengikut setia Baginda sampai akhir zaman.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kedatangan Syawal seharusnya dimanfaatkan oleh kita semua, sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang diberikan. Janganlah kita leka meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, dimana kita telah berjaya mengekang hawa nafsu dan tingkah laku semasa di bulan ramadhan. Semoga rahmat dan semangat ramadhan kita teruskan di bulan-bulan yang lain.

Dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, janganlah kita mewujudkan amalan membazir, berbelanjalah ikut kemampun bukannya ikut hawa nafsu. Golongan yang tidak berkemampun jangan kita lupakan. Tunaikanlah zakat fitrah, semoga ia dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama meyambut hari lebaran ini nanti

Buat seluruh warga ahli Kelate.Net berhati-hatilah dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah ayahanda dan ibunda tercinta yang menantikan kepulangan kita. Semoga selamat balik kampung. Raikanlah sambutan lebaran ini dengan penuh kegembiraan bukannya dengan tangisan.

Akhir kata buat seluruh ahli Kelate.Net, kami warga kerja Kelate.Net ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andai kata terkasar bahasa atau tersilap kata secara langsung atau tidak langsung. Selamat Hari Raya AidilFitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.

0 comments: