NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN
Stadium Paroi
2/08.08 (8.45 Malam)
Apa sudah Jadi
Kota Bharu – Kemerosotan prestasi Kelantan di akhir kempen amat membimbangkan segelintir peminat yang selama ini menaruh kepercayaan untuk Kijang layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia.
Hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan terakhir menunjukkan Kelantan hanya gah di persada apabila tidak diberi harapan dan terkulai layu apabila rata-rata pasukan mula menunjukkan keupayaan sebenar.
Bermula dengan seri di Hang Jebat, leburnya rekod tanpa kalah di Kota Bharu oleh Terengganu dan dimalukan Selangor di Shah Alam memberi petanda awal Kijang sudah berada di penghujung prestasi dan memerlukan suntikan baru bagi terus bersaing.
Dengan baki satu perlawanan di tangan, hampir kesemua peminat dan pengkritik bola sepak Kelantan sudah tahu bahawa harapan untuk ke pusingan seterusnya semakin jauh dan akan terkubur begitu sahaja.
Harapan layak mungkin akan menjadi kenyataan jika Terengganu tewas di tangan Sarawak tetapi ia ibarat mimpi di siang hari kerana Kelantan juga perlu menang besar di Paroi. Sebarang keputusan selain dari menang memungkinkan Kijang tersingkir dan semua anak Kelantan harus menunggu setahun lagi untuk melihat Kelantan bersaing di Piala Malaysia.
Justeru itu, Regis Languesse, Zahasmi Ismail dan Salim Mahmood haru mencari tonik segera dengan membuat percaturan awal bagi merealisasikan hasrat untuk ke pusingan seterusnya.
Jika mereka sudah mengalah dalam perebutan ke suku akhir, Regis dan juga pembantu harus memulakan perancangan dari sekarang untuk musim hadapan. Prospek untuk Juara Liga Perdana dan mara ke Liga Super amat penting musim hadapan dan semua pihak pengurusan skuad serta KAFA harus bersatu agar harapan itu dapat dicapai.
RedsFC – Koresponden Utara (Kedah)
0 comments:
Post a Comment