Demam Denggi
Sejarah....
Denggi adalah penyakit bermusim yang bukan sahaja melanda di negara kita bahkan di negara-negara Tropika yang lain. Kewujudan deman denggi ini dikesan sekitar tahun 1970an di mana pada masa tersebut hanya beberapa negara sahaja yang dilanda wabak ini dan jumlah ini meningkat ke hampir 40% jumlah penduduk dunia yang menghidap penyakit ini sekarang.Malaysia adalah diantara negara yang menjadi serangan wabak denggi ini secara agresif dimana beberapa kes demam denggi berdarah dicatatkan setiap tahun dan ini membimbangkan ramai pihak terutamanya pihak Kerajaan yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti-aktiviti melalui pihak-pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi menangani masalah wabak denggi ini.
Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikesan iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Penghasilan virus ini telah disebarkan oleh 2 jenis nyamuk iaitu:
Nyamuk Aedes Aegypti
Nyamuk jenis ini kerap didapati berterbangan dikawasan rumah dan ia bertelur dan membiak secara agresif didalam bekas buatan yang terdapat didalam mahupun diluar rumah.
Nyamuk Aedes Albopictus
Nyamuk jenis ini pula adalah penyebar virus denggi yang paling banyak berlaku di kawasan bandar di negara kita ini. Ia membiak dengan agresif dikawasan luar rumah terutamanya didaun atau pasu bunga, kawasan kotor, pokok, kawasan semak serta kawasan tumbuh-tumbuhan yang lain.
Penghasilan wabak denggi ini ke manusia adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk aedes betina yang seterusnya menyalurkan virus kedalam darah manusia. kesan daripada gigitan nyamuk ini akan menghasilkan 2 jenis wabak denggi iaitu:
Demam Denggi Biasa
Tanda-tanda demam ini bergantung kepada umur mangsa. Demam ini akan menghasilkan tompokan ruam serta kesan demam yang kuat pada kanak-kanak atau bayi manakala bagi dewasa pula kesan demam yang kuat berlaku secara mendadak dan berlangsung selama seminggu, selain daripada itu kemunculan ruam serta sakit pada otot, sendi dan mata akan berlaku pada hari ke 3 demam. kesan bintik merah dibawah kulit juga akan terhasil.
Demam Denggi Berdarah - Bahaya
Kesan kepada demam ini merangkumi beberapa faktor seperti:
1. Pendarahan pada hidung, gusi serta tompokan ruan yang banyak dikawasan bawah kulit, pendarahan pada najis, kencing berdarah serta pengeluaran haid yang berlebihan.
2. Pembesaran hati mungkin terjadi pada peringkat awal dan pembesaran ini mungkin mencecah ke 2-4cm pada bahagian bawah tulang rusuk kanan.
3. Kegagalan dan gangguan peredaran darah berlaku dengan tanda-tanada seperti kesejukan, konjesti kulit, kebiruan serta kadar degupan nadi yang kuat. Mangsa akan menjadi resah dan lemah dan mungkin akan mengalami renjatan serta sawan.
Oleh itu, beringat serta cegahlah wabak ini dari menular dengan memastikan kebersihan persekitaran kawasan rumah kita. Pastikan tiada takungan air berlaku dan bersihkan sampah sarap yang terdapat di rumah kita. Berjumpalah dengan pakar ataupun doktor jika anda mengalami sintom seperti diatas. Sayangi keluarga kita, lakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara buruk yang bakal terjadi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Hapuskan denggi keluarga sejahtera. Denggi itu pembunuh!
0 comments:
Post a Comment