16 June 2008

Latest: Keputusan


KDN KOTA BHARU 11-24 PENGADIL FC

Persembahan menarik ditunjukkan oleh Pasukan KDN Kota Bharu 15 minit pertama apabila berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan Adib dan Userun. Liima Pemain Utama ialah RedsFC, UltrasKid, Userun, Pue dan Znudinez

Setelah berlaku pertukaran pemain, bermula episod malang skuad KDN Kota Bharu apabila setiap kali serangan pasukan lawan pastinya menerjah jaring. Walaupun banyak bola berjaya diselamatkan penjaga gol, tetapi ia tidak memadai untuk menyekat kerakusan pemain dari Pengadil FC untuk meletakkan bola ke dalam gawang.

Pelbagai cara dan taktikal digunakan oleh KDN Kota Bharu untuk menghasilkan jaringan tetapi semuanya hampa. Pergerakan UltrasKid, Mrag dan juga Amin disekat kemas pertahanan Pengadil FC. Kesan dari itu, mereka berjaya melakukan serangan balas dan menambah jaringan.

Walaupun kadangkala melakukan serangan balas satu dua, ia belum memadai untuk menjinakkan pasukan Pengadil FC untuk terus bermaharajalela membelasah pasukan KDN Kota Bharu semalam.

Setelah bertungkus lumus selama 30 minit, akhirnya perlawanan ditamatkan dengan berkesudahan KDN Kota Bharu 11-24 Pengadil FC.

RedsFC (GK)
UltrasKid
Anokkelate
Mrag
Userun
Amin Pokjoh
Pue
Znudinez
Ayiez
RedHead (GK)
Sabri (GK)
Adib_n70

0 comments: