31 May 2008

Aktiviti KDN Kota Bharu


Aktiviti yang dirancangkan oleh pihak MT KDN bahagian Kota Bharu semalam telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya tanpa ada sebarang halangan.

Antara aktiviti yang dilangsungkan tadi:

12 Tengahari - Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraf (berjaya menghimpunkan 10 orang ahli KDN sekitar Kota Bharu dan seorang wakil KDN Kuala Lumpur, Saudara Figos.

3-5 petang - Pertandingan boling antara team KDN Liverpool dan KDN Manchester United

6 Petang-11 Malam - Pengumpulan ahli KDN di Kiosk untuk sama-sama ke stadium untuk menonton perlawanan Bola Sepak Kelantan vs Afrika Nations.

11 Malam - Acara makan-makan di Medan Usahawan disertai hampir 15 orang ahli.

Secara tidak langsung, aktiviti pada hari ini sekali lagi berjaya membuktikan bahawa hubungan rapat antara sesama ahli semakin erat dan utuh.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan tahniah kepada yang menyertai segala aktiviti yang dirancangkan.

30 May 2008

Terima Kasih KDN

Ucapan Terima kasih dari kami pihak KDN Kota Bharu FC kepada pihak tertinggi KelateDotNet atas sumbangan kelengkapan bola sepak melalui wakilnya semalam saudara FIGOS.

Antara sumbangan ialah:

Bola - 2 biji
1 Peti kecemasan
jersi dan lain-lain

Mulanya disini...



Selepas ini, segala perkembangan ataupun aktiviti Futsal dan bola sepak KelateDotNet Kota Bharu akan dipaparkan disini.

Jadi minta kerjasama setiap ahli agar sentiasa memberikan info dan maklumat kepada pihak kami untuk menambah baik blog kita dan seterusnya memberikan maklumat yang terperinci tentang KDN Kota Bharu FC kepada setiap pengunjung..

sekian..

E.Y FC Juara Futsal Sahabat KelateDotNet



RedsFC

Kota Bharu - Kejohanan 6 penjuru anjuran KDN Kota Bharu yang berlangsung semalam bertempat di Gelanggang Futsal Dato Ya, Lundang dimenangi oleh pasukan E.Y Fc setelah menumpaskan Kuca Bara Fc 4-2.

E.Y Fc yang diterajui oleh Encik Hamzah selaku pengurus pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi dan memperoleh 3 gol awal untuk mematikan terus cabaran Kuca Bara Fc.

Tempat ketiga disandang Paya Senang Fc setelah berjaya menumpaskan KDN Kota Bharu 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar .

Buyeh Fc mendapat tempat kelima dan pasukan SKJP mendapat tempat keenam apabila perlawanan klasifikasi ini dimenangi Buyeh Fc dengan 3-1.

Iwan dari pasukan E.Y Fc dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan kerana berjaya mengemudi pasukan tersebut untuk menjuarai pertandingan ini. Manakala KDN Kota Bharu pula menerima anugerah Fairplay setelah menunjukkan gaya permainan yang baik dan tidak kasar.

Menurut pengelola kejohanan, Mohd Adib Izani, pertandingan futsal 6 penjuru ini selain bertujuan merapatkan hubungan antara sesama ahli KDN dan orang ramai, ia juga menjadi gelanggang bagi semua pasukan yang bertanding untuk memperkuatkan skuad masing-masing sebelum kejohanan anjuran akhbar Sinar Harian.

Kejohanan ini juga menjadi medan untuk memperkenalkan laman web Kelate dot Net dimana secara tidak langsung ia menjadi pemangkin kepada penambahan ahli-ahli KDN seluruh negeri Kelantan, tambahnya lagi.

Rata-rata pemain yang menyertai kejohanan 6 penjuru ini puas hati dengan penganjuran kerana mereka beranggapan ia berbaloi dan boleh dijadikan gelanggang untuk meningkatkan persembahan pasukan.

Setiap pasukan yang bertanding menerima hamper yang disampaikan oleh tetamu yang dijemput iaitu Encik Muhammad Ihsan Mahmood dan Encik Lokman. -KDN MEDIA

Keputusan penuh Futsal Sahabat KDN Kota Bharu:

Juara - E.Y FC
Naib Juara - Kuca Bara FC
Ketiga - Paya Senang FC
Keempat - KDN Kota Bharu FC
Kelima - Buyeh FC
Keenam - SKJP

Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding

KDN Kota Bharu anjur Futsal 6 penjuru.


RedsFC


Kota Bharu - Malam ini akan berlangsung satu pertandingan Futsal Sahabat 6 penjuru anjuran KDN Kota Bharu di Gelanggang Futsal Haji Ya, Lundang. Pertandingan yang dijangka bermula pada pukul 9 malam akan disertai oleh pasukan KDN Kota Bharu, Kuca Bara FC, SKJP, E.Y FC, Buyeh FC, dan Paya Senang FC.

Seperti yang digembar gemburkan oleh pihak KDN Kota Bharu sebelum ini, tujuan penganjuran pertandingan Futsal sahabat ialah untuk melihat sejauh mana kekuatan skuad KDN Kota Bharu sebelum memasuki pertandingan anjuran Akhbar Sinar Harian. Selain itu, penganjuran juga dilihat bertujuan untuk memperkenalkan laman web siber KelateDotNet di mata masyarakat Kelantan.

Menurut pegawai pengelola kejohanan, saudara Adib, kejohanan selama 3 jam ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara pasukan-pasukan yang bertanding.

Katanya lagi, setiap pasukan yang bertanding merupakan pasukan yang kuat dan pernah memenangi kejohanan anjuran dalam negeri. Menurutnya, setiap pasukan yang menyertai Futsal 6 Penjuru ingin memperkemaskan jentera pasukan masing-masing sebelum menyertai beberapa kejohanan lain selepas ini.

Dengan penganjuran pertandingan ini, KDN Kota Bharu juga telah menghantar satu pasukan yang terbaik himpunan pemain-pemain dari seluruh negeri Kelantan. Para pemain ini adalah yang terbaik pernah dihimpunkan dan mereka juga semakin serasi setelah pihak tertinggi KDN Kota Bharu mengatur hampir 20 perlawanan persahabatan dengan pasukan luar.

Untuk rekod, pasukan KDN Kota Bharu yang sudah pun berusia hampir 8 bulan juga semakin mantap dalam persembahan kerana dibarisi ramai pemain berpengalaman dan mampu menggalas cabaran. Setiap pemain ini memberikan sepenuh komitmen dalam setiap perlawanan persahabatan sebelum ini demi memartabatkan pasukan di mata masyarakat Kelantan umumnya.

Rata-rata pemain KDN Kota Bharu juga masih muda dan memiliki tahap kecergasan yang tinggi untuk sebarang pertandingan. Oleh itu, penyertaan dalam Pertandingan 6 penjuru dilihat sebagai langkah pertama bagi pasukan ini untuk terus menyertai pertandingan seterusnya.

Persiapan pasukan semakin mantap dari segi taktikal dan stamina. Perlawanan Futsal sebelum ini dihadiri oleh semua pengurusan tertinggi KDN Kota Bharu dan mereka berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan Pasukan.

Menurut pengurus pasukan KDN Kota Bharu, Mohd Yatimin, KDN Kota Bharu sudah bersedia untuk turun melawan mana-mana pasukan sebelum bermulanya sepak mula pertandingan Futsal anjuran Akhbar Sinar Harian pada 6 Jun depan.

Justeru itu, beliau juga menasihati semua pemain KDN Kota Bharu agar terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dan menaikkan nama pasukan agar terus dikenali dalam persada Futsal tanah air dan Kelantan khususnya. -KDN Media-

SEJARAH PENUBUHAN KDN KOTA BHARU FC

KDN Kota Bharu Fc telah ditubuhkan pada 26 Mei 2007 oleh saudara Gomokelate a.k.a Azhar Hassan selaku Presiden Kelate Dot Net pada ketika itu. Tujuan Penubuhan Pasukan Futsal ini adalah untuk merapatkan hubungan sesama ahli KDN ketika itu. selain itu, bertujuan menggalakan cara hidup sihat dikalangan ahli KDN melalui aktiviti Futsal.

Bermula 7 Disember 2007 Pengurusan baru Kelate Dot Net Kota Bharu telah ditubuhkan dan secara rasminya pasukan Futsal KDN Kota Bharu Fc telah dijenamakan semula, bagi memperkuatkan pasukan.

Ahli KDN yang bermastautin di Kota Bharu, secara automatiknya menjadi ahli keluarga pasukan Futsal KDN Kota Bharu FC.


Segala aktiviti Futsal dan Bolasepak yang melibatkan
KDN Kota Bharu Fc
akan di tampalkan di blog ini...

sekian..
admin