30 May 2008

E.Y FC Juara Futsal Sahabat KelateDotNet



RedsFC

Kota Bharu - Kejohanan 6 penjuru anjuran KDN Kota Bharu yang berlangsung semalam bertempat di Gelanggang Futsal Dato Ya, Lundang dimenangi oleh pasukan E.Y Fc setelah menumpaskan Kuca Bara Fc 4-2.

E.Y Fc yang diterajui oleh Encik Hamzah selaku pengurus pasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi dan memperoleh 3 gol awal untuk mematikan terus cabaran Kuca Bara Fc.

Tempat ketiga disandang Paya Senang Fc setelah berjaya menumpaskan KDN Kota Bharu 5-4 melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar .

Buyeh Fc mendapat tempat kelima dan pasukan SKJP mendapat tempat keenam apabila perlawanan klasifikasi ini dimenangi Buyeh Fc dengan 3-1.

Iwan dari pasukan E.Y Fc dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan kerana berjaya mengemudi pasukan tersebut untuk menjuarai pertandingan ini. Manakala KDN Kota Bharu pula menerima anugerah Fairplay setelah menunjukkan gaya permainan yang baik dan tidak kasar.

Menurut pengelola kejohanan, Mohd Adib Izani, pertandingan futsal 6 penjuru ini selain bertujuan merapatkan hubungan antara sesama ahli KDN dan orang ramai, ia juga menjadi gelanggang bagi semua pasukan yang bertanding untuk memperkuatkan skuad masing-masing sebelum kejohanan anjuran akhbar Sinar Harian.

Kejohanan ini juga menjadi medan untuk memperkenalkan laman web Kelate dot Net dimana secara tidak langsung ia menjadi pemangkin kepada penambahan ahli-ahli KDN seluruh negeri Kelantan, tambahnya lagi.

Rata-rata pemain yang menyertai kejohanan 6 penjuru ini puas hati dengan penganjuran kerana mereka beranggapan ia berbaloi dan boleh dijadikan gelanggang untuk meningkatkan persembahan pasukan.

Setiap pasukan yang bertanding menerima hamper yang disampaikan oleh tetamu yang dijemput iaitu Encik Muhammad Ihsan Mahmood dan Encik Lokman. -KDN MEDIA

0 comments: