30 May 2008

KDN Kota Bharu anjur Futsal 6 penjuru.


RedsFC


Kota Bharu - Malam ini akan berlangsung satu pertandingan Futsal Sahabat 6 penjuru anjuran KDN Kota Bharu di Gelanggang Futsal Haji Ya, Lundang. Pertandingan yang dijangka bermula pada pukul 9 malam akan disertai oleh pasukan KDN Kota Bharu, Kuca Bara FC, SKJP, E.Y FC, Buyeh FC, dan Paya Senang FC.

Seperti yang digembar gemburkan oleh pihak KDN Kota Bharu sebelum ini, tujuan penganjuran pertandingan Futsal sahabat ialah untuk melihat sejauh mana kekuatan skuad KDN Kota Bharu sebelum memasuki pertandingan anjuran Akhbar Sinar Harian. Selain itu, penganjuran juga dilihat bertujuan untuk memperkenalkan laman web siber KelateDotNet di mata masyarakat Kelantan.

Menurut pegawai pengelola kejohanan, saudara Adib, kejohanan selama 3 jam ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara pasukan-pasukan yang bertanding.

Katanya lagi, setiap pasukan yang bertanding merupakan pasukan yang kuat dan pernah memenangi kejohanan anjuran dalam negeri. Menurutnya, setiap pasukan yang menyertai Futsal 6 Penjuru ingin memperkemaskan jentera pasukan masing-masing sebelum menyertai beberapa kejohanan lain selepas ini.

Dengan penganjuran pertandingan ini, KDN Kota Bharu juga telah menghantar satu pasukan yang terbaik himpunan pemain-pemain dari seluruh negeri Kelantan. Para pemain ini adalah yang terbaik pernah dihimpunkan dan mereka juga semakin serasi setelah pihak tertinggi KDN Kota Bharu mengatur hampir 20 perlawanan persahabatan dengan pasukan luar.

Untuk rekod, pasukan KDN Kota Bharu yang sudah pun berusia hampir 8 bulan juga semakin mantap dalam persembahan kerana dibarisi ramai pemain berpengalaman dan mampu menggalas cabaran. Setiap pemain ini memberikan sepenuh komitmen dalam setiap perlawanan persahabatan sebelum ini demi memartabatkan pasukan di mata masyarakat Kelantan umumnya.

Rata-rata pemain KDN Kota Bharu juga masih muda dan memiliki tahap kecergasan yang tinggi untuk sebarang pertandingan. Oleh itu, penyertaan dalam Pertandingan 6 penjuru dilihat sebagai langkah pertama bagi pasukan ini untuk terus menyertai pertandingan seterusnya.

Persiapan pasukan semakin mantap dari segi taktikal dan stamina. Perlawanan Futsal sebelum ini dihadiri oleh semua pengurusan tertinggi KDN Kota Bharu dan mereka berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan Pasukan.

Menurut pengurus pasukan KDN Kota Bharu, Mohd Yatimin, KDN Kota Bharu sudah bersedia untuk turun melawan mana-mana pasukan sebelum bermulanya sepak mula pertandingan Futsal anjuran Akhbar Sinar Harian pada 6 Jun depan.

Justeru itu, beliau juga menasihati semua pemain KDN Kota Bharu agar terus mempamerkan semangat juang yang tinggi dan menaikkan nama pasukan agar terus dikenali dalam persada Futsal tanah air dan Kelantan khususnya. -KDN Media-

0 comments: