29 September 2008

PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allah Huakbar (7x) Walillah Hillham segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pengurus alam sejagat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda dan para sahabat serta pengikut setia Baginda sampai akhir zaman.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kedatangan Syawal seharusnya dimanfaatkan oleh kita semua, sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang diberikan. Janganlah kita leka meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, dimana kita telah berjaya mengekang hawa nafsu dan tingkah laku semasa di bulan ramadhan. Semoga rahmat dan semangat ramadhan kita teruskan di bulan-bulan yang lain.

Dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, janganlah kita mewujudkan amalan membazir, berbelanjalah ikut kemampun bukannya ikut hawa nafsu. Golongan yang tidak berkemampun jangan kita lupakan. Tunaikanlah zakat fitrah, semoga ia dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama meyambut hari lebaran ini nanti

Buat seluruh warga ahli Kelate.Net berhati-hatilah dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah ayahanda dan ibunda tercinta yang menantikan kepulangan kita. Semoga selamat balik kampung. Raikanlah sambutan lebaran ini dengan penuh kegembiraan bukannya dengan tangisan.

Akhir kata buat seluruh ahli Kelate.Net, kami warga kerja Kelate.Net ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andai kata terkasar bahasa atau tersilap kata secara langsung atau tidak langsung. Selamat Hari Raya AidilFitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.

22 September 2008

Majlis Ramah Mesra Komuniti KelateDotNet




KOTA BHARU- Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Komuniti Kelab Penyokong Bolasepak Siber Kelantan (KelateDotNet) akan mengadakan majlis ramah mesra kali ke-5, bertempat di Juita Primer Hotel di Kota Bharu pada sambutan hari raya keempat.

Setiausaha KelateDotNet, Muhammad Yatimin Abdullah berkata, majlis tahun ini dijangkakan lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai ahli baru dan lama termasuk yang mentap dan bekerja diluar Kelantan.

Katanya, majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihaknya sejak tahun 2004 lagi. Majlis tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli kelab dan pada masa yang sama mengeratkan ukhuwah persaudaran yang telah terjalin.

“Jika sebelum ini, rata-rata kami hanya bertemu dan bersua di dalam forum sahaja, tetapi dengan adanya majlis ini, kita dapat bertemu dan bersua muka dengan lebih dekat lagi,” ujarnya ketika ditemubual.

Menurut beliau, pihaknya berharap agar semua ahli kelab dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut untuk memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut.

Beliau berkata, majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil tertinggi Pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Selain itu, pihak kami akan menjemput beberapa orang pemain skuad Liga Perdana Kelantan bagi memeriahkan lagi majlis.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata kepada ahli kelab yang ingin turut serta dalam majlis tersebut bolehlah membuat bayaran atas nama pengolala majlis Nik Mohd Sallehuddin Nik Abdul Razak melalui akaun Maybank (103015787717) atau CIMB (03010002251207). Resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti dan perlu diserahkan kepada pihak pengelola majlis pada hari berkenaan.

Kepada ahli yang berbuat demikian bolehlah, menghantarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengandungi nama, nama (panggilan dalam forum), No. kad pengenalan dan alamat kepada Unit KelateDotNet Kota Bharu Poknik (013-9917744), Lokman Bunyamin (013-926192), Muhammad Yatimin Abdullah (017-9793686) dan Unit KelateDotNet Kuala Lumpur Hasyim23 (019-2285521) atau boleh terus terus mendaftar di
www.kelate.net.

Bayaran yang dikenakan ialah sebayak RM 22 seoarang. Tarikh akhir bayaran ialah 25 September 2008. Majlis tersebut dijadualkan akan diadakan pada 4 Oktober 2008 bersamaan dengan 4 Syawal 1429 bermula jam 9.30 pagi di Dewan Jelita 1 dan 2.

09 September 2008

Jamuan Hari Raya KelateDotNet 2008


SUKACITA DIMAKLUMKAN SATU JAMUAN HI TEA AIDILFITRI KELATE.NET AKAN BERLANGSUNG PADA

HARI - SABTU 4 OKTOBER 2008 (RAYA KE 4)
TEMPAT - JUITA INN
WAKTU 9.30 PAGI DEWAN JELITA 1 & 2
BAYARAN - RM 22.00 SEORANG
UTK BAYARAN BOLEH DIDEBITKAN KE AKAUN POKNIK

NIK MOHD SALLEHUDDIN BIN NIK ABDUL RAZAK
103015787717 (MAYBANK)
03010002251207 (CIMB)

*sila simpan resit bank in sebagai bukti bayaran dan utk rujukan*
UTK KETERANGAN LANJUT AHLI AHLI KDN BOLEHLAH MENGHUBUNGI

LOKMAN (REDHEAD) - 013-9261592
POKNIK - 013-9917744

08 September 2008

Hikmah Berpuasa


Asslamualaikum
Sedar atau tidak kita sudah pun 8hari kita berada didalam bulan ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan dan rahmat. Bulan dimana semua umat Islam menjalani ibadah selaras dengan tuntutan Rukun Islam yang Ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur Alahamdulillah kerana, saya dan jemaah sekalian masih lagi diberikan peluang untuk menjalani ibadat puasa serta sama-sama berada dalam bulan penuh keberkatan ini.

Dikesempatan ini, anokkelate dan redfc ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang hikmah kenapa kita disyariatkan untuk berpuasa. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita semua perlu tahu apa itu yang dimaksudkan dengan puasa. Secara umumnya, puasa bermaksud menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari kerana Allah Ta’ala. Begitu juga dengan hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.

Hikmah Puasa :
Sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih kepada Allah diatas nikmat dan pemberiaNya yang tidak terhingga.

Mengutakan iman kita kepada Allah s.w.t lerana iman kepadaNya menyebakan kita menahan diri daripada segala keinginan nafsu shawat pada siang hari sepanjang bulan puasa.
Sebagai medium untuk memberikan pendidikan kepada jiwa supaya mentaati segala suruhan Allah.

Menginsafi diri bahawa kita adalah hamba Allah yang lemah disisiNya.

Melatih supaya menjadi orang yang muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah) iaitu orang yang dapat menahah diri daripada menurut hawa nafsu.

sebagai medium untuk melahih diri supaya bersifat sabar, kuta dan tahan menghadapi segala cubaan, kesushan dan kesengsaraan yang dating menimpa.

06 September 2008

Majlis Berbuka Puasa

Majlis Berbuka Puasa KDN Kota Bharu Sempena Game BPL -
Liverpool v Manchester United

Tarikh : 13 September 2008 / 13 Ramadhan 1429 (SABTU)
Tempat : Kiosk KDN, Medan Usahawan
Masa : 5.30 petang - 11 malam

Aturcara :
5.30 petang - Berkumpul di Kiosk KDN
6.00 malam - Membeli juadah berbuka di Bazar Ramadahan Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV
7.17 malam - Majlis berbuka puasa bermula
7.40 malam - Solat Maghrib
7.45 malam - Menyaksikan Perlawanan BPL - Liverpool v Manchester United
9.45 malam - Makan Colek

Semua Ahli KDN berdekatan dijemput hadir


Antara yang akan hadir :

Penyokong Liverpool :
1. RedHead
2. Milenbaros
3. Zamani3378
4. Orcadlayout
5. Epiebeckham

Penyokong Manchester United :
1. Anokkelate
2. Adib_n70
3. Abu (saing Adib_n70)
4. Ultraskid
5. Doktor_kadok

04 September 2008

Majlis Berbuka Puasa KDN Kota Bharu..

Bilo nok wakk Majlis Buko poso besar besare niehh...
kalu ado oyakk laa...

Terima Kasih..

02 September 2008

SELAMAT BERPUASA


KAMI WARGA KELATE.NET BAHAGIAN KOTA BHARU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA WARGA KELATE.NET DAN JUGA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI ATAS MUKA BUMI INI.