26 July 2008

Gambar terbaru RedsFC di Legong.. Mano aktiviti KDN Kota Bharu?


RedsFC di Kolam Air Panah bersama teman-Teman UUM.
p/s: Mano Aktiviti KDN KB. Tangguh pah ceross...

Result Futsal Persahabatan.

KDN KOTA BHARU FC vs TWINTECH FC

Keputusan tidak dapat diumumkan kerana masalah teknikal..
Segala Kesulitan amat dikesali..
Harap Maklum..

Terima Kasih

22 July 2008

LATEST : FUTSAL PERSAHABATAN



KDN KOTA BHARU VS TWINTECH FC


JAM :9.45 MALAM
LOKASI : CHERANG (tepi tali air kada)
TARIKH : 23 JUL 08 (RABU)

*Semua Pemain diminta mengisi nama didalam Forum*
(T
hread KDN Kota Bharu FC)

Terima Kasih..

21 July 2008

Piala Malaysia - Adakah Kelantan mampu layak ke Suku Akhir.


NEGERI SEMBILAN vs KELANTAN

Stadium Paroi

2/08.08 (8.45 Malam)


Apa sudah Jadi


Kota Bharu – Kemerosotan prestasi Kelantan di akhir kempen amat membimbangkan segelintir peminat yang selama ini menaruh kepercayaan untuk Kijang layak ke saingan suku akhir Piala Malaysia.

Hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan terakhir menunjukkan Kelantan hanya gah di persada apabila tidak diberi harapan dan terkulai layu apabila rata-rata pasukan mula menunjukkan keupayaan sebenar.

Bermula dengan seri di Hang Jebat, leburnya rekod tanpa kalah di Kota Bharu oleh Terengganu dan dimalukan Selangor di Shah Alam memberi petanda awal Kijang sudah berada di penghujung prestasi dan memerlukan suntikan baru bagi terus bersaing.

Dengan baki satu perlawanan di tangan, hampir kesemua peminat dan pengkritik bola sepak Kelantan sudah tahu bahawa harapan untuk ke pusingan seterusnya semakin jauh dan akan terkubur begitu sahaja.

Harapan layak mungkin akan menjadi kenyataan jika Terengganu tewas di tangan Sarawak tetapi ia ibarat mimpi di siang hari kerana Kelantan juga perlu menang besar di Paroi. Sebarang keputusan selain dari menang memungkinkan Kijang tersingkir dan semua anak Kelantan harus menunggu setahun lagi untuk melihat Kelantan bersaing di Piala Malaysia.

Justeru itu, Regis Languesse, Zahasmi Ismail dan Salim Mahmood haru mencari tonik segera dengan membuat percaturan awal bagi merealisasikan hasrat untuk ke pusingan seterusnya.

Jika mereka sudah mengalah dalam perebutan ke suku akhir, Regis dan juga pembantu harus memulakan perancangan dari sekarang untuk musim hadapan. Prospek untuk Juara Liga Perdana dan mara ke Liga Super amat penting musim hadapan dan semua pihak pengurusan skuad serta KAFA harus bersatu agar harapan itu dapat dicapai.

RedsFC – Koresponden Utara (Kedah)

Keputusan Poll....

Setelah Sebulan mengadakan Undian Pemain Terbaik Tahunan Kelantan FA di Blog KDN Kota Bharu FC, keputusannya ialah:

Jan Necas - 23 Undian (41%)
Mohamadou Mustopha - 11 Undian (19%)
Rizal Fahmi - 5 Undian ( 8%)
Zairul Fitree - 4 Undian (7%)
Badri Radzi - 3 Undian (5%)
Ramizul Adnan Zahini - 3 Undian (5%)
Mohd Shahrizan Ismail - 3 Undian (5%)
Farisham Ismail - 2 Undian (3%)
Khairan Eroza Razali - 1 Undian (1%)
Nidzad Ayub - 1 Undian (1%)
Ezrie Shafizie - 0 Undian (0%)

*Tidak semua pemain Kelantan FA dimasukkan dalam Undian*


Keputusan Poll ini adalah Undian dari 56 orang Responden yang melayari Blog kami.. Tidak merangkumi semua peminat bola sepak Kelantan dan ahli-ahli www.kelate.net..
Terima Kasih...

19 July 2008

Aktiviti Terbaru KDN Kota Bharu


KELATE DOT NET (KDN) KOTA BHARU
AKAN MENGADAKAN PERKHEMAHAN AGUNG BUAT PERTAMA KALI PADA

TARIKH : 25 JULAI 2008
TEMPAT: D BAYU BEACH RESORT, BACHOK, KELANTAN
MASA : 8 MALAM

KEPADA SESIAPA BERMINAT BOLEHLAH BERHUBUNG TERUS DENGAN :
Saudara ANOKKELATE di talian 017-9793686


ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN IALAH :

BBQ
SESI BERKENALAN SESAMA AHLI
BRAINSTORMIN PROGRAM DAN AKTIVITI KDN KOTA BHARU
DAN BANYAK LAGI....


SEMUA KDNERSss DI JEMPUT HADIR

..INGAT DAFTAR SEBELUM SELASA INI..

15 July 2008

Lawatan Sambil Belajar KelateDotNet Bersama AADK


Gambar ini dirakam semasa sesi Lawatan Sambil Belajar KelateDotNet Bersama AADK ke Selangor pada 15 Julai 2008.



Bersemangat Timbalan Pengarah AADK Kelantan Memberikan Sokongan Buat Pasukan Kijang Ketika bertemu Selangor Malam Tadi


Wakil KelateDotNet



Sesi Taklimat Bersama AADK Petaling Jaya

13 July 2008

Futsal Sahabat : KDN Kota Bharu vs Miria Fc


Gambar Kenangan antara Kedua-dua pasukan, Sebelum Perlawanan

KelateDotNet Meriahkan Pesta Nasi 100


Ayiez Gegar & Datuk Bandar Sempat Memeriahkan suasana


Ketua Unit Media KelateDotNet Kota Bharu Sempat Bergambar Dengan Hidangan Yang Di Pamerkan Pada Pesta Tersebut

Bersempena dengan Pesta 100 yang berlangsung di Kota Bharu bermula 12 -14 julai 2008. Unit Media KelateDotNet sempat memeriahkan pesta tersebut. Terdapat hampir 100 jenis nasi di pamerkan di situ. Program ini adalah anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan (MTPN) dan Persatuan Pemandu Pelancongan Negeri Kelantan(KTIGA).

Antara nasik yang popular ialah :
1. Nasi Kerabu
2. Nasi Tumpang
3. Nasi Berlauk dan macam2 lagi...


P/S : Jalan2 Cari Makan Bersama Unit Media Kelate Dot Net, Mesti Best....

LATEST : FUTSAL PERSAHABATAN


AKTIVITI FUTSAL KDN KOTA BHARU:


KDN KOTA BHARU vs MISSION IMPOSSIBLE FC (SHAHRUL KELAB PENYOKONG BOLASEPAK KELANTAN)

TARIKH : 13 JULAI 2008 (AHAD) HARI INI
TEMPAT : FUTSAL UNITED, PINTU GENG
MASA : 9.45 MALAM

SEMUA AHLI-AHLI KDN DIJEMPUT BERMAIN ATAU MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KITA

PERTANYAAN HUBUNGi :

ANOKKELATE : 019-9454767 / 017-9793686
REDHEAD : 013-9261592I

KelateDotNet Bersama Masyarakat Perangi Denggi


Petugas kelateDotNet Sibuk Menguruskan Sampah-sampah Yang ingin dilupuskan


Baru-baru ini, bertempat di kampung Paya Rambai, Kota Bharu. Kelab Penyokong Siber Kelantan (KelateDotNet) telah mengikuti program khidmat masyarakat iaitu "Kampen Bebas Denggi Siri II"

anjuran Pejabat Kesihatan Daerah kota Bharu dan Penduduk Kampung Paya Rambai dengan Kerjasama MPKB-BRI. Program Ini di jalankan bertujuan untuk membantu menggurangkan kadar demam denggi dikawasan tersebut, selain mendidik masyarakat supaya cakna kepada kebersihan dan kesihatan.

09 July 2008

KelateDotNet Bersama Masyarakat

KelateDotNet Dengan Kerjasama Unit Kawalan Vektor Dan Penyakit Pejabat Kesihatan Kota Bharu Bersama Komuniti Penduduk Paya Rambai akan mengadakan program "Gotong-royong Perdana bagi Membasmi Denggi".

Masa Dan Tempat adalah Seperti Berikut :

Tarikh: 12 Julai (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kg Paya Rambai, Kota Bharu.

Kepada Sesiapa yang berminat sila hubungi :

1. Anokkelate-0199454767/0179793686
2.Znudinez-0169229486
3.Palo Merah-0139261592

Bahaya Denggi


Demam Denggi

Sejarah....

Denggi adalah penyakit bermusim yang bukan sahaja melanda di negara kita bahkan di negara-negara Tropika yang lain. Kewujudan deman denggi ini dikesan sekitar tahun 1970an di mana pada masa tersebut hanya beberapa negara sahaja yang dilanda wabak ini dan jumlah ini meningkat ke hampir 40% jumlah penduduk dunia yang menghidap penyakit ini sekarang.Malaysia adalah diantara negara yang menjadi serangan wabak denggi ini secara agresif dimana beberapa kes demam denggi berdarah dicatatkan setiap tahun dan ini membimbangkan ramai pihak terutamanya pihak Kerajaan yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti-aktiviti melalui pihak-pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi menangani masalah wabak denggi ini.

Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikesan iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Penghasilan virus ini telah disebarkan oleh 2 jenis nyamuk iaitu:

Nyamuk Aedes Aegypti
Nyamuk jenis ini kerap didapati berterbangan dikawasan rumah dan ia bertelur dan membiak secara agresif didalam bekas buatan yang terdapat didalam mahupun diluar rumah.

Nyamuk Aedes Albopictus
Nyamuk jenis ini pula adalah penyebar virus denggi yang paling banyak berlaku di kawasan bandar di negara kita ini. Ia membiak dengan agresif dikawasan luar rumah terutamanya didaun atau pasu bunga, kawasan kotor, pokok, kawasan semak serta kawasan tumbuh-tumbuhan yang lain.


Penghasilan wabak denggi ini ke manusia adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk aedes betina yang seterusnya menyalurkan virus kedalam darah manusia. kesan daripada gigitan nyamuk ini akan menghasilkan 2 jenis wabak denggi iaitu:

Demam Denggi Biasa
Tanda-tanda demam ini bergantung kepada umur mangsa. Demam ini akan menghasilkan tompokan ruam serta kesan demam yang kuat pada kanak-kanak atau bayi manakala bagi dewasa pula kesan demam yang kuat berlaku secara mendadak dan berlangsung selama seminggu, selain daripada itu kemunculan ruam serta sakit pada otot, sendi dan mata akan berlaku pada hari ke 3 demam. kesan bintik merah dibawah kulit juga akan terhasil.

Demam Denggi Berdarah - Bahaya
Kesan kepada demam ini merangkumi beberapa faktor seperti:
1. Pendarahan pada hidung, gusi serta tompokan ruan yang banyak dikawasan bawah kulit, pendarahan pada najis, kencing berdarah serta pengeluaran haid yang berlebihan.

2. Pembesaran hati mungkin terjadi pada peringkat awal dan pembesaran ini mungkin mencecah ke 2-4cm pada bahagian bawah tulang rusuk kanan.

3. Kegagalan dan gangguan peredaran darah berlaku dengan tanda-tanada seperti kesejukan, konjesti kulit, kebiruan serta kadar degupan nadi yang kuat. Mangsa akan menjadi resah dan lemah dan mungkin akan mengalami renjatan serta sawan.

Oleh itu, beringat serta cegahlah wabak ini dari menular dengan memastikan kebersihan persekitaran kawasan rumah kita. Pastikan tiada takungan air berlaku dan bersihkan sampah sarap yang terdapat di rumah kita. Berjumpalah dengan pakar ataupun doktor jika anda mengalami sintom seperti diatas. Sayangi keluarga kita, lakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara buruk yang bakal terjadi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Hapuskan denggi keluarga sejahtera. Denggi itu pembunuh!

08 July 2008

Bersama Unit Keselamatan Stadium..



Unit Media KelateDotNet dan unit keselamatan Stadium bergambar bersama-sama di Stadium Sultan Muhammad ke-IV , Kota Bharu. Tujuannya ialah untuk mempromosikan Kelate.net dengan lebih dekat kepada orang ramai terutamanya pada mereka yang terdiri dari unit beruniform.

Tahniah kepada semua petugas Unit Media KelateDotNnet yang bertungkus lumus menjalankan kerja dalam mempromosikan laman web Siber ini.

Inilah adalah sebahagian daripada gerak kerja KDN Kota Bharu bersama unit media Kelate.net.

Latest: Keputusan Poll

Setelah 20 Hari membuat undian di Blog mengenai tahap kekuatan pasukan Futsal KDN Kota Bharu FC.. Seramai 27 Responden telah mengundi dan keputusannya ialah:

8 (29%) Responden mengundi KDN Kota Bharu masih lagi lemah..
9 (33%) Responden mengundi KDN Kota Bharu mempunyai kekuatan yang sederhana..
10 (37%) Responden Mengundi KDN Kota Bharu merupakan sebuah pasukan yang kuat..

Terima Kasih kepada pengunjung yang mengundi poll tersebut...

05 July 2008

Terima Kasih Buat Epic & RedFC


RedFC



epieBECK


Kami warga KelateDotNet (KDN) Kota Bharu merakamkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua koresponden luar ini atas segala jasa dan pengorbanan yang telah ditaburkan mereka semasa berada di Kota Bharu. Sesungguhnya jasa anda berdua amat kami hargai...

"semusim bersama, seadab terasa"

ikhlas dari ....

Ketua Unit Media
Anokkelate
KelateDotNet (KDN) Kota Bharu Fc

04 July 2008

Keputusan Perlawan Persahabatan

KDN KOTA BHARU FC 5-15 CHEKOK FC

terima kasih kepada pemain yang hadir pada malam nih :

1.mrag
2.adib
3.redhead
4.znudinez
5.utrasKid
6.userun
7.baliohead
8.amin pokjoh
9.serpihan pokjoh
10.zamani


03 July 2008

LATEST : FUTSAL PERSAHABATAN


KDN KOTA BHARU FC
VS
CHEKOK FC


JAM: 10 MALAM
TEMPAT: ARENA FUTSAL PENGKALAN CHEPA
HARI JUMAAT
(4 JULAI 2008)

Semua Pemain dijemput Hadir ke Gelanggang Futsal Arena..

Thanks..

02 July 2008

Futsal Ahli KDN Kota Bharu FC


KDN Kota Bharu Liverpool


KDN Kota Bharu Manchester United

Malam tadi telah berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara Ahli KDN Kota Bharu FC di Dewan Futsal Dato Haji Yaa, Lundang. Para pemain yang hadir dibahagi kepada 2 pasukan iaitu Team Manchester United dan Liverpool.

Tahniah pada yang hadir..

ike3ekosekilo
ayiez
payeh
poktar
sepupu poktar&payeh
adib_n70
anokkelate
RedsFC
redhead
mrag
baliohead
userun
dan semua yang hadir bagi menjayakan futsal perpisahan ahli-ahli KDN Kota Bharu yang akan menyambung pelajaran di tempat masing2


Terima kasih....



Pemain Menunggu masuk ke gelanggang

01 July 2008

Aktiviti Hari Ini - RABU 2 JULAI 2008

TENGAHARI: 12.30 - 2.30 PTG
-NASI ULAM CIKGU KAMPUNG KRAF

PETANG: 3.00 - 6.00 PTG
-BERKUMPUL DI KIOSK KDN MEDAN USAHAWAN

MALAM: 10.45 - 12.00 MALAM
-PERLAWANAN FUTSAL AHLI KDN KOTA BHARU FC DI GELANGGANG FUTSAL DATO HAJI YAA, LUNDANG

SEMUA AHLI KDN YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI AKTIVITI INI SILA HADIR KE TEMPAT YANG DITETAPKAN TEPAT PADA MASANYA