19 November 2008

KDN KB Futsal Friendly..

Kelate.net(KDN KB FC) vs Chekok FC

Tarikh : 21 November 2008 (jUMAAT)

Masa : 8.45 malam

Tempat : fUTSAL hJ. yA lUNDANG

Bayarn : RM 5 seorang

Semua ahli Kelate.net di jemput hadir.

Sebarang Pertanyaan hubungi :
anokkelate 019-9454767 / 017-9793686

14 November 2008

Admin KDN Kota Bharu FC

Kami akan mengupdatekan segala aktiviti KDN Kota Bharu bermula minggu depan..
Harap maaf kepada semua pengunjung kerana terdapat sedikit kesulitan yang tidak dapat dielakkan oleh pihak Admin..

Sekian Terima Kasih..

10 October 2008

Presiden KAFA meriahkan sambutan Hari Raya Kelate Dot Net



Sempena dengan sambutan Aidilfitri 1429, Komuniti Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan, Kelate Dot Net (KDN) telah menganjurkan majlis sambutan perayaan tersebut bertempat di Hotel Juita Premier, Kota Bharu semalam. Selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli, majlis berkenaan turut digunakan untuk membincangkan hala tuju Kelate Dot Net di masa hadapan.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, Marhashim Mat berkata, majlis berkenaan dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Hj. Annuar Musa dan dua orang pemain skuad Liga Perdana Kelantan iaitu Khairan Eroza Razali dan Zairul Fitri Ishak. Pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, diatas kesudian Presiden KAFA merasmikan Majlis Sambutan Hari Raya Kelate Dot Net 1429 dan sudi meluangkan masa untuk berdialog dengan ahli-ahli yang hadir.

“Ahli-ahli Kelate Dot Net sebagai peminat setia begitu menghargai kesudian Yang Berbahagia Tan Sri Presiden KAFA hadir kerana secara tidak langsung kami dapat menerima maklumat terkini secara telus dari sumber yang salih.

“ Kesudian Tan Sri Presiden turun padang memeriahkan majlis ini dan berkongsi info berkaitan persiapan pasukan Kelantan musim hadapan sekali gus dapat memberikan jawapan yang tepat tentang persiapan pasukan”, katanya.

Sementara itu, Tan Sri Haji Annuar Musa ketika menyampaikan ucapannya berterima kasih dan menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pihak Kelate Dot Net dalam , membantu menaikkan bolasepak Kelantan. Katanya di dalam bola sepak antara pihak pengurusan, pemain dan penyokong sememangnya saling memerlukan. Justeru, peranan yang telah dilakukan oleh pihak Kelate Dot Net semenjak sembilan tahun lalu dalam membantu memartabatkan kembali maruah bola sepak Kelantan cukup dihargai.

Menurut Presiden KAFA itu, majlis seumpama ini cukup bagus diadakan kerana melalui majlis seperti inilah sesi percambahan minda dan penambahanbaikkan berkaitan pembangunan bola sepak Kelantan dapat dikongsi bersama dengan peminat – peminat.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai persiapan Skuad Kijang untuk musim hadapan, beliau berkata Kelantan sudah pun mempunyai barisan yang hampir lengkap bagi mengharungi cabaran musim hadapan. Malahan Ketua Jurulatih Kelantan yang baru, Peter James Butler bakal menggalaskan tugasnya seawal minggu hadapan.

“ Ketika sepak mula Liga Malaysia bakal bermula tiga bulan lagi, kita mengambil langkah memulakan persiapan daripada sekarang bagi menghadapi saingan musim hadapan. Setakat ini, kita sudah punyai senarai pemain yang hampir melengkapkan keseluruhan pembentukan pasukan bagi menghadapi musim baru yang dijangka bermula pada bulan Januari nanti. Malahan beberapa anak negeri yang bermain untuk pasukan luar juga turut berhajat pulang menabur bakti bersama negeri sendiri” jelasnya.

“ Kelantan juga bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain kebangsaan yang dijangka menyertai latihan intensif pada pertengahan bulan ini “ ujarnya sambil enggan menamakan pemain tersebut sehingga urusan menandatangani kontrak pemain selesai pada minggu ini.

29 September 2008

PERUTUSAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allah Huakbar (7x) Walillah Hillham segala puji bagi Allah S.W.T selaku Pencipta, Pemerintah dan Pengurus alam sejagat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda dan para sahabat serta pengikut setia Baginda sampai akhir zaman.

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kedatangan Syawal seharusnya dimanfaatkan oleh kita semua, sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah S.W.T diatas nikmat yang diberikan. Janganlah kita leka meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, dimana kita telah berjaya mengekang hawa nafsu dan tingkah laku semasa di bulan ramadhan. Semoga rahmat dan semangat ramadhan kita teruskan di bulan-bulan yang lain.

Dalam kesibukan kita membuat persiapan hari raya, janganlah kita mewujudkan amalan membazir, berbelanjalah ikut kemampun bukannya ikut hawa nafsu. Golongan yang tidak berkemampun jangan kita lupakan. Tunaikanlah zakat fitrah, semoga ia dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama meyambut hari lebaran ini nanti

Buat seluruh warga ahli Kelate.Net berhati-hatilah dijalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Ingatlah ayahanda dan ibunda tercinta yang menantikan kepulangan kita. Semoga selamat balik kampung. Raikanlah sambutan lebaran ini dengan penuh kegembiraan bukannya dengan tangisan.

Akhir kata buat seluruh ahli Kelate.Net, kami warga kerja Kelate.Net ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andai kata terkasar bahasa atau tersilap kata secara langsung atau tidak langsung. Selamat Hari Raya AidilFitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.

22 September 2008

Majlis Ramah Mesra Komuniti KelateDotNet




KOTA BHARU- Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Komuniti Kelab Penyokong Bolasepak Siber Kelantan (KelateDotNet) akan mengadakan majlis ramah mesra kali ke-5, bertempat di Juita Primer Hotel di Kota Bharu pada sambutan hari raya keempat.

Setiausaha KelateDotNet, Muhammad Yatimin Abdullah berkata, majlis tahun ini dijangkakan lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai ahli baru dan lama termasuk yang mentap dan bekerja diluar Kelantan.

Katanya, majlis ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihaknya sejak tahun 2004 lagi. Majlis tersebut bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli kelab dan pada masa yang sama mengeratkan ukhuwah persaudaran yang telah terjalin.

“Jika sebelum ini, rata-rata kami hanya bertemu dan bersua di dalam forum sahaja, tetapi dengan adanya majlis ini, kita dapat bertemu dan bersua muka dengan lebih dekat lagi,” ujarnya ketika ditemubual.

Menurut beliau, pihaknya berharap agar semua ahli kelab dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut untuk memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut.

Beliau berkata, majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil tertinggi Pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Selain itu, pihak kami akan menjemput beberapa orang pemain skuad Liga Perdana Kelantan bagi memeriahkan lagi majlis.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata kepada ahli kelab yang ingin turut serta dalam majlis tersebut bolehlah membuat bayaran atas nama pengolala majlis Nik Mohd Sallehuddin Nik Abdul Razak melalui akaun Maybank (103015787717) atau CIMB (03010002251207). Resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti dan perlu diserahkan kepada pihak pengelola majlis pada hari berkenaan.

Kepada ahli yang berbuat demikian bolehlah, menghantarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengandungi nama, nama (panggilan dalam forum), No. kad pengenalan dan alamat kepada Unit KelateDotNet Kota Bharu Poknik (013-9917744), Lokman Bunyamin (013-926192), Muhammad Yatimin Abdullah (017-9793686) dan Unit KelateDotNet Kuala Lumpur Hasyim23 (019-2285521) atau boleh terus terus mendaftar di
www.kelate.net.

Bayaran yang dikenakan ialah sebayak RM 22 seoarang. Tarikh akhir bayaran ialah 25 September 2008. Majlis tersebut dijadualkan akan diadakan pada 4 Oktober 2008 bersamaan dengan 4 Syawal 1429 bermula jam 9.30 pagi di Dewan Jelita 1 dan 2.